selamat datang 01 Pictures, Images and Photos

Ganjaran Hadiah Dan Wang Tunai Untuk Anda.

Dapatkan hadiah-hadiah menarik & wang tunai di sini. Daftar Segera. Berbaloi! [Klik Di Sini]

Berminat nak dapatkan Galaxy W
? [KLIK DI SINI]

Anda ingin peluang memenangi MPV? [KLIK DI SINI]


Followers

Benarkah sokongan terhadap UMNO Perlis semakin berkurangan?

Mamat Khalid Dan Ac Mizal Sertai UMNO.


 
Pengarah kelahiran Perak, Mamat Khalid yang terkenal dengan filem Hantu Kak Limah Balik Rumah dan ahli perniagaan yang juga artis, Datuk AC Mizal dan isterinya, Datin Emylia Rosnaida telah mengambil keputusan menyertai UMNO.

Baca Seterusnya Di Sini


&

Syed Mokhtar Bos Baru Pos Malaysia


Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary mengembangkan empayar niaga beliau — hari ini diumumkan yang syarikatnya, DRB-Hicom Bhd berjaya dalam bidaan menguasai 32.2 peratus pegangan Khazanah Nasional di Pos Malaysia Berhad.

DRB Hicom dimiliki Syed Mokhtar (gambar) yang turut menguasai bisnes lain, antaranya perkhidmatan pelabuhan dan pengeluar tenaga bebas terbesar negara Malakoff Corp, pembekal beras nasional Bernas dan pengedaran gas melalui Gas Malaysia.
Syarikatnya MMC juga terlibat dalam projek MRT Lembah Klang dengan kerjasama Gamuda.
Dalam satu kenyataan media dikeluarkan petang ini, Pengarah Urusan Khazanah Tan Sri Azman Mokhtar berkata, DRB-Hicom dipilih berdasarkan keseluruhan bidaan, yang bukan sahaja menawarkan strategi niaga baik tetapi juga harga yang boleh diterima.
“Strategi dan pelan bisnes yang disyorkan menyediakan platform yang efektif bagi pertumbuhan Pos Malaysia jika diterima oleh Lembaga Pos secara keseluruhan,” katanya.Laporan media sebelum ini menyebut tiga pembida telah disenarai pendek daripada 50 pembida yang mengemukakan bida bagi membeli kepentingan berkenaan.
Selain DRB-Hicom, turut disenarai pendek ialah Nationwide Express Courier Services Bhd dan konsortium usaha sama antara Amanah Reit dan Malaysia Pacific Corp. Antara strategi dan pelan perniagaan DRB-Hicom yang dikemukakan DRB-Hicom ialah mewujudkan sinergi strategik antara bank Islam yang dikuasainya iaitu Bank Muamalat Malaysia Bhd dengan Pos Malaysia.
Bank Muamalat, bank Islam ketiga terbesar Malaysia dari segi aset, dikatakan mampu menjadi rakan sinergi terbaik bagi Pos Malaysia terutama dalam mengembangkan rangkaian produk serta perkhidmatan serta jangkauan capaian pelanggan masing-masing. DRB-Hicom juga dikatakan berupaya memastikan Pos Malaysia meneruskan tanggungjawab Universal Service Obligations (USO), selain mengekalkan kakitangan sedia ada.
Pos Malaysia kini mempunyai lebih 1,000 cawangan di seluruh negara. Bank Muamalat pula ketika ini hanya mempunyai 56 cawangan

Inilah Contoh Sikap Manusia Alaf Baru!!! Patutkah Kita Bangga?


Nak sedih atau nak marah aku pun tak tahu. Ni lah jawapan yang belum dapat aku beri lagi. Waktu aku post topik pasal pelajar hilang tadi, ada pelbagai reaksi yang aku terima, dah post di blog, aku sebarkan pula kat facebook, bukan apa, sebagai seorang manusia, haruslah kita sama-sama menolong bila seseorang manusia lain dalam kesusahan. Bukan nak tunjuk baik ka apa, tapi ini soal keprihatinan. Hari ini, org perlukan bantuan, esok lusa mana tau, kita pula perlukan bantuan. So beringatlah!!! 

Yang jadi sedih atau nak marah ni bukan apa, dalam nak menolong orang ni, ada gak yang nak ambil kesempatan, memang lah pekara ni bukan besor sgt, tapi ini soal keprihatinan, nak sebarkan pasal kes pelajar hilang pun ada syarat, kena invite 20 orang baru leh sebar. Apa ke jadahnya? Nak tulis banyak-banyak pun rasa geram lak. Pandai-pandai la baca sendiri dan fikir-fikirkanlah apa dah jadi dengan segelintir masyarakat kita skrg ni.

Klik Pada Gambar Untuk Besarkan.

Terima kasih aku ucapkan kepada saudara Nuurul Basar Mohd Baki dan Dari Perantauan di atas keprihatinan anda :)


MOHON BANTU JEJAK PELAJAR HILANG [KLIK DI SINI]

Pernahkan Anda Melihat Wajah Ini?



INTAN NAJIHAH BINTI JUNNY
14 Tahun

Hilang Sejak 14 April 2011

Jika anda mempunyai maklumat mengenai pelajar ini,

Sila hubungi

En. Junniy
019 367 9499 @ 017 310 9973




~ MOHON SEBARKAN ~

Barisan Nasional Kekalkan Majoriti 2/3 Di Sarawak



Tahniah kepada Barisan Nasional (BN) di atas kejayaan menguasai majoriti dua pertiga dalam pilihanraya negeri ke 10.

Keputusan keseluruhannya, BN memenangi 55 kerusi, DAP (12), PKR (3) dan Bebas (1).

Keputusan itu menunjukkan BN kehilangan lapan kerusi, berbanding 63 kerusi yang dimenanginya pada 2006.

DAP dan PKR juga menyapu bersih semua lima kerusi di Kuching.

Panasss : Skandal L;im Kit Siang Pula Kini Didedahkan?






Tak nak mengalah pada rakan seperjuangannya dari PKR, Lim Kit Siang yang juga penasihat DAP juga dikhabarkan ada menyimpan seorang perempuan simpanan dalam melakukan aktiviti Seks.

* Baca Berikutnya Di Sini [KLIK]

Kemana Arah Tuju BN Perlis?


PERLIS mungkin hanya sebuah negeri kecil di utara tanah air yang jarang muncul dalam radar politik negara ini. Dengan hanya tiga kawasan Parlimen – Kangar, Padang Besar dan Arau, politik Perlis jarang menjadi bualan. Cuma sesekali kedengaran isu-isu membabitkan kepimpinan UMNO negeri.

Tetapi kecil bukan bermakna tidak penting. Walaupun jarang mendapat tempat dari segi liputan berita dan isu politiknya pula jarang dibualkan, namun Perlis tetap penting untuk dikuasai. Bagi Barisan Nasional (BN), ia wajib dipertahankan. Bagi pembangkang terutama Pas jika berjaya menguasai Perlis bermakna hampir keseluruhan negeri di utara tanah air akan berada di bawah penguasaan mereka.

Kini, ramai meramalkan selepas berjaya menawan Kedah pada pilihan raya umum (PRU) 2008, Perlis bakal jatuh ke tangan Pas pada PRU akan datang. Walaupun tidak disertakan dengan fakta dan alasan kukuh, perkara itu dikatakan bukan sesuatu yang mustahil. Tempias kejayaan Pas di Kedah tiga tahun lalu turut dirasai di Perlis.

Saban hari, ada saja ceramah dan program Pas untuk menarik dan meraih sokongan rakyat Perlis menyokong parti itu. Kejayaan menguasai dua Dewan Undangan Negeri (DUN) Sanglang dan Simpang Empat, kedua-duanya dalam Parlimen Arau menunjukkan Pas mampu menembusi kubu BN di Perlis.

Malah kedudukan Pas di Sanglang nampaknya sukar digugat berdasarkan kejayaannya mengekalkan kerusi itu untuk tiga penggal berturut-turut. Ditambah pula dengan kejayaan menguasai DUN Simpang Empat pada 2008, Pas dilihat semakin hampir untuk merealisasikan cita-cita menguasai negeri di utara tanah air. Jika berdasarkan congakan mudah, Pas hanya perlu kuasai enam lagi DUN untuk menyingkirkan BN di Perlis.
Ia bukan sesuatu yang mustahil. Jika pemimpin BN negeri terutama UMNO tidak berhati-hati dan hanya mementingkan jawatan dalam parti daripada berusaha keras mendampingi rakyat, maka tidak mustahil Pas akan menjadi pilihan rakyat Perlis.

Yang menjadi persoalan, mampukah BN Perlis pimpinan Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu menahan asakan Pas itu? Dalam tempoh sepenggal mengetuai BN Perlis, mampukah Md. Isa mengumpul kekuatan dan membina perpaduan untuk berhadapan dengan cabaran tersebut?
Ini kerana ramai yang sangsi dan ada juga yang sinis akan keupayaan Md. Isa kerana beliau bukan daripada kalangan nama besar dalam kepimpinan UMNO Perlis.

Sebelum Mac 2008, siapa yang kenal Md. Isa? Apatah lagi hendak mengaitkannya dengan jawatan Menteri Besar Perlis. Kepimpinan UMNO Perlis ketika itu banyak berlegar sekitar Datuk Seri Shahidan Kassim, Datuk Seri Azmi Khalid dan Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad, selain Datuk Zahidi Zainol Abidin.

Nama-nama inilah yang menghidupkan dan mewarnai politik Perlis. Md. Isa tidak ada dalam radar politik Perlis, apatah lagi untuk diangkat sebagai Menteri Besar. Sebab itu apabila diumumkan untuk menggantikan Shahidan, ramai yang tidak percaya. Banyak juga yang tidak puas hati. Tidak kurang juga yang bersikap skeptikal dan merasakan mana mungkin Md. Isa mampu menandingi ketokohan dan kepimpinan Shahidan di Perlis. UM