selamat datang 01 Pictures, Images and Photos

Ganjaran Hadiah Dan Wang Tunai Untuk Anda.

Dapatkan hadiah-hadiah menarik & wang tunai di sini. Daftar Segera. Berbaloi! [Klik Di Sini]

Berminat nak dapatkan Galaxy W
? [KLIK DI SINI]

Anda ingin peluang memenangi MPV? [KLIK DI SINI]


Followers

Benarkah sokongan terhadap UMNO Perlis semakin berkurangan?

Perlis Banjir Lagi.


Perubahan cuaca yang tidak menentu dan hujan yang turun tak henti² selama 3 hari menyebabkan berlakunya banjir di negeri Perlis buat kali kedua dalam tempoh 4 bulan. Pada awal November tahun lalu Perlis dilanda banjir terburuk yang melibatkan banyak kawasan di sini ditenggelami air.

Setelah banjir besar berlaku 4 bulan lepas, apakah prasarana perparitan di Perlis masih belum lagi disempurnakan? Adakah tidak ada kaedah lain lagi selain dari mengalirkan air ke sungai-sungai atau saliran sediada, bagi menjaga keselamatan Empangan Timah Tasoh? 

PINTU AMPANG TIMAH TASOH

LALUAN JALAN RAYA KM 8, PAYA,JLN KAKI BUKIT

PERSEKITARAN JLN ABI PDG MELANGIT
Sumber Gambar :  Mohmad Noor Paksu

Semoga seluruh penduduk negeri Perlis terselamat daripada bencana banjir. Amin.

Pendedahan Gambar Pelacur China Yang Ditunggu-Tunggu..



Esok akan terdedahnya gambar pelacur China yang terlibat dalam video seks yang menjadi isu panas semenjak ini. Gambar tersebut kini sedang di sebarkan kepada rakan rakan blogger lain bagi memastikan rakyat dapat melihat wajah Pelacur China itu esok.

Semestinya bukan dia ini pelacur tersebut :)


Jangan lupa esok, pendedahan gambar pelacur china yang ditunggu-tunggu!!!

Armand Nak Letak Jawatan Ketua Wira PERKASA?



Menurut rakan blogger Gomo, Petang ini jam 4 petang bertempat di Restoran NZ Garden Kuala Lumpur satu pengumuman tergempar di jangkakan akan di buat Oleh saudara Armand Ketua Wira PERKASA Malaysia. Namun apa pengumuman yang akan dibuat petang ini masih lagi belum diketahui. 

Rakan seperjuangan Armand iatu Gomo yang merupakan seorang blogger terkenal juga tidak mengetahui apa pekara yang tergempar yang cuba di sampaikan Armand namun dari tindakan nya beberapa menjak ini di lihat ada hal yang membuatkan Armand ingin MELETAKKAN JAWATAN KETUA WIRA PERKASA MALAYSIA. 

Kami sebagai rakan seperjuangan amat berharap agar Saudara Armand memikirkan yang terbaik buat dirinya sendiri demi perjuangan yang kita perjuangkan selama ini.

PANAS!!! Nasharuddin nak keluar Pas?


Selamat Tinggal PAS!!!
Mengikut cerita terbaru yang baru saya terima, Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa tidak akan bertanding lagi untuk mempertahankan jawatannya itu. Adakah dengan keputusannya itu bermakna beliau akan meninggalkan PAS dan menyertai mana-mana parti politik lain?  Semuanya ada di sini [KLIK]

Ketua Cabang PKR Miri Buka Klinik Gugurkan Bayi?



Tadi waktu berjalan-jalan di blog sahabat-sahabat maya, ada terbaca satu artikel dari blog TaipingMali yang ketua cabang PKR Miri menjalankan penguguran bayi secara haram. Betul ker cerita ni? Hebat betul blogger TaipingMali ni, dari Perak, kejap jer dia terjun ke Sarawak cari berita panasss.  Jom kita layan dulu artikel tersebut. KLIK SINI.

Kickdeffela Bongkar Isu Video Seks..



Blogger Kickdeffela telah mengeluarkan satu artikel bertajuk Alibi Atau Alibaba iaitu satu pembongkaran mengenai isu video seks yang sebelum ini telah didedahkan oleh Datuk T. Jom kita baca artikel tersebut dan buat penilaian mengenai isu video seks ini. KLIK SINI.

Tips Mudah Buat Duit Sambil Main Facebook Atau Twitter. Jangan Lepaskan Peluang Ini!


Anda ada akaun Twitter? Facebook? Rasanya ramai yang telah ada sekurang²nya 1 akaun samada Twitter mahupun Facebook. Laman social seperti Twitter & FaceBook nih sememangnya digemari sehingga ramai yang sanggup menghadap PC @ Laptop berjam-jam dengan pelbagai tujuan samada hanya untuk berkomunikasi sesama kenalan, mencari kenalan baru, dan ada juga yang menggunakannya untuk menjana pendapatan melaluinya. 

Kalau dah duduk berjam² tuh, tak  nak ke kalau cuba "Buat Duitt" sampingan sambil² melayari laman sosial tuh?

Anda pernah dengar ChurpChurp? Bagi yang suka menjana wang Online pasti tahu mengenainya. Tapi rasanya ramai lagi yang tidak tahu kan?

Okaylah, bagi yang tidak tahu
ChurpChurp ni adalah medium pengiklanan seperti Nuffnang dan sebagainya yang menggunakan pasaran luas networking laman sosial seperti Twitter & FaceBook untuk beriklan. Pengiklan yang selalu mengiklan melalui ChurpChurp bukan syarikat-syarikat biasa, tapi syarikat besar, antaranya Celcom, Astro, Maxis, MAS, Era.FM , Digi, AirAsia dan banyak lagi.
Ada 3 cara Buat Duit dengan ChurpChurp ni..
  1. Referral – Anda akan diberikan ganjaran untuk setiap ahli baru yang anda perkenalkan
  2. Pay-per-Click (PPC) – Pilih kempen dari pengiklan yang mahu anda kongsikan. Dapatkan link dan sebarkan kepada kenalan laman sosial anda. Anda akan dibayar untuk setiap klik.
  3. Assignment – Anda akan diberikan tugasan dari pengiklan beserta keyword yang dimahukan pengiklan. Anda akan dibayar setiap kali iklan anda terpilih untuk dipaparkan.


Semuanya mudah saja untuk memberikan kita pendapatan sampingan. Apa yang kita perlu buat hanya ikut langkah² yang diberikan dan sebarkannya kepada kenalan² laman sosial kita. Dan yang menariknya lagi, daftar adalah PERCUMA!
Bagaimana untuk bermula?
  1. Daftar akaun ChurpChurp —> DAFTAR [KLIK DI SINI]
  2. Isikan maklumat²  yang diperlukan pada borang tersebut. Peringatan: Pastikan maklumat yang diberikan adalah betul bagi mengelakkan Cek anda bermasalah nanti.
  3. Submit. Email untuk mengaktifkan akaun akan dihantar ke akaun email anda.
  4. Aktifkan. Semak email pengaktifan daripada ChurpChurp dan klik link yang diberikan untuk mengaktifkan akaun anda.
  5. Anda sudah berjaya. Anda boleh terus mula menjana pendapatan sebaik akaun ChurpChurp anda berjaya diaktifkan.
* Selamat Mencuba Dan Menjana Pendapatan Melalui Pengiklanan  ChurpChurp. :D

Video Seks : Episod Balas Dendam Eskay Terhadap Anwar.


Nota tulisan tangan, didakwa ditulis oleh Shazryl Eskay, yang ditunjukkan oleh Mohamad Mahti kepada pemberita di Kuang, Rawang hari ini.
Seorang bekas anggota polis berkata Datuk Shazryl Eskay Abdullah ada memberitahunya bahawa beliau akan menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada arena politik sebelum mempertontonkan satu rakaman video seks kepada media, Isnin lalu.

Rakaman video seks itu mendakwa seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur China.

Mohamad Mahti Abdul Rahim, bekas pengawal peribadi Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayub berkata, Shazryl marah kerana Ahli Parlimen Permatang Pauh itu enggan menjadi saksi dalam kes samannya berkaitan projek jambatan bengkok yang diluluskan ketika era Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kes itu sedang berlangsung di mahkamah dan Megat Junid pernah menjadi menteri dalam Kabinet Dr Mahathir.

“Selepas beliau bercakap dengan marah mengenai Anwar, beliau mula bercakap buruk mengenai beliau (Anwar), berkata ‘saya akan menjatuhkan Datuk Seri Anwar, dengan apa jua cara pun,” katanya.

Mohamad Mahti sendiri bersetuju menjadi saksi dalam kes dibawa Shazryl mendakwa beliau dijanjikan akan dibayar RM20 juta kerana berjaya memperoleh projek jambatan bengkok RM460 juta yang menghubungkan Singapura dan Johor.

Katanya, selepas dia memberikan keterangan pada 8 Mac lalu, Shazryl mula bercakap buruk tentang Anwar ketika berhenti rehat dan disambung pada keesokan hari.

“Sama ada rakaman ini betul atau tidak, saya tidak tahu. Tetapi beliau mahu menjatuhkan Anwar Ibrahim. Beliau berkata Anwar curi wangnya,” katanya lagi.

Mohamad Mahti juga berkata, Shazryl bertemu dengannya minggu lalu untuk bertanya sama ada boleh mendapatkan bekas anggota unit tindakan khas bagi tujuan keselamatan apabila menayangkan rakaman video.

Mohamad Mahti berkata, dia mengikut Shazryl ke rumah Datuk Shuib Lazim, seorang lagi Datuk T dan mendapati Bendahari Perkasa itu penasihat ahli perniagaan terbabit yang mengendalikan kilang baja dan akan menjadi pengerusinya dalam waktu terdekat.

“Eskay juga berkata beliau melakukan ini bagi (seorang) No. 1,” katanya sambil menambah, Shuib kelihatan keberatan untuk membantu Shazryl.

“Saya tidak tahu siapa orang itu dan saya juga tidak tanya siapa yang dia maksudkan,” kata Mohamad Mahti apabila ditanya sama Shazryl merujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang Anwar menuduh terlibat dalam pendedahan video seks ini.

Mohamad Mahti, 53, berkata dia kali pertama bertemu dengan Shazryl ketika menjadi pakar fisioterapi bagi Persatuan Badminton Malaysia pada 1990-an.

Katanya, Shazryl kemudian diperkenalkan kepada Dr Mahathir dan Anwar di mana pada masa yang sama khidmatnya diperkenalkan kepada mereka.

Mohamad Mahti juga berkata, dia diberi wang saku RM5,000 kerana menguruskan pertemuan dengan Ahli Parlimen Salak Tan Sri Tajuddin Rahman, yang merupakan Pengerusi Felca, dipercayai untuk mendapatkan kontrak membekalkan baja.

Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, seorang lagi Datuk T pula merupakan Pengerusi Risda.

Mohamad Mahti berkata sebulan kemudian Shazryl memberikannya satu nota tulisan tangannya menjanjikan pelbagai pegawai termasuk Tajuddin potongan bagi setiap tan baja dijual kepada Felcra.

“Saya merasakan ini rasuah, jadi saya SMS kepada Tajuddin meminta agar melupakan segala-galanya,” kata beliau sambil menunjukkan tulisan tangan yang menggunakan dakwat merah.

Mohamad Mahti berkata salah seorang pengawal peribadi Anwar yang bernama Moktar ada menghubunginya untuk bertanya mengapa Shazryl melakukan yang ini sedangkan baru seminggu lalu beliau ada membawa keluarganya bertemu dengan Ketua Umum PKR itu.

“Saya memberitahu bahawa saya tidak tahu apa-apa tentang video ini sehingga ia dikeluarkan,” katanya kepada pemberita di Kuang dekat sini hari ini.

Mohamad Mahti menambah, Shazryl ada mengatakan bahawa beliau pernah banyak membantu Anwar dan membawa bekas timbalan perdana menteri itu ke Singapura untuk melakukan ujian DNA bagi membuktikan dakwaan akhir 1990-an bahawa beliau adalah bapa bagi anak Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, sebagai tidak benar.

Dia juga berkata, Shazryl mendakwa ada membantu Anwar untuk menghantar keluar blogger Raja Petra Kamaruddin untuk meninggalkan negara ke United Kingdom.

Katanya, dia tidak diminta oleh sesiapa agar membuat dakwaan ini sambil berkata “jika saya dibayar, kita sepatutnya mengadakan sidang media di bilik berhawa dingin.”

Shazryl dan Abdul Rahim ditahan oleh polis awal hari ini berkaitan dengan seks video ini. TMI