selamat datang 01 Pictures, Images and Photos

Ganjaran Hadiah Dan Wang Tunai Untuk Anda.

Dapatkan hadiah-hadiah menarik & wang tunai di sini. Daftar Segera. Berbaloi! [Klik Di Sini]

Berminat nak dapatkan Galaxy W
? [KLIK DI SINI]

Anda ingin peluang memenangi MPV? [KLIK DI SINI]


Followers

Benarkah sokongan terhadap UMNO Perlis semakin berkurangan?

Pilihan Raya Sarawak : Undi 16 April, Penamaan 6 April


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon untuk pilihan raya negeri Sarawak pada 6 April manakala hari pengundiannya pula jatuh pada 16 April.

Ini bermakna tempoh berkempen selama 11 hari. Pengumuman itu sebentar tadi dibuat pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof di Kuching.

DUN Sarawak dibubarkan kelmarin yang mana secara perlembagaan, pilihan raya hendaklah diadakan sebelum Julai tahun ini.

BN Sarawak yang lama dipimpin Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud menguasai 63 daripada 71 kerusi dalam dewan manakala pembangkang pula dengan tujuh kerusi, termasuk satu masing-masing milik bebas dan Parti Cinta Malaysia.

Pilihan raya sebelum ini diadakan pada 20 Mei 2006. MK

Akad Nikah Di Masjid Menyimpang Dari Amalan Rasulullah???


Gambar Hiasan :)
KANGAR 20 Mac – Menjadikan masjid sebagai lokasi akad nikah adalah menyimpang dari amalan Rasulullah,kata seorang anggota Majlis Fatwa Perlis,Datuk Ahmad Jusoh.

Beliau berkata,Rasulullah pernah mengingatkan umat Islam supaya tidak melakukan akad nikah dalam masjid kerana ia meniru penganut Kristian yang menikah dalam gereja dan Yahudi di rumah ibadat mereka.

Ahmad yang juga ahli Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkata, walaupun pernah berlaku peristiwa akad nikah dalam masjid pada zaman Rasulullah, namun ia berpunca dari kehadiran seorang wanita ke dalam masjid yang mahu dirinya dikahwini.

Kesanggupan seorang lelaki yang turut berada dalam masjid untuk mengahwini wanita itu menyebabkan Rasulullah melakukan akad nikah dalam masjid.

Ahmad berkata, adalah lebih baik akad nikah dilakukan di rumah pengantin. – Bernama

ADAKAH PERKARA INI BENAR ???

RENUNG-RENUNGKAN LAH

Kakak Sheila Majid @ Menantu Ketua Menteri Sarawak Tuntut Cerai Dan Mutaah 400 Juta.


Menantu kepada Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud memfailkan permohonan untuk bercerai secara fasakh dan menuntut mutaah bernilai RM100 juta dan RM300 juta sebagai harta sepencarian.

Datin Seri Shahnaz A. Majid, 48 yang merupakan kakak kepada penyanyi terkenal Sheila Majid dan yang juga isteri pertama Mahmud Bekir, anak Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud.

Shahnaz
memfailkan permohonan itu atas alasan Mahmud Abu Bekir tidak memberikan nafkah batin sejak tahun 2001 menyebabkan beliau digantung tidak bertali yang telah menyusahkan kehidupan beliau. Selain itu, beliau juga mendakwa defendan telah menunjukkan perubahan bermula tahun 1994 dan 1999 apabila bertindak agresif seperti menumbuk kepala, menendang rusuk dan suka memaki hamun plaintif dengan menggunakan kata-kata kesat.

Plaintif juga mendakwa, suaminya amat jarang pulang ke rumah sejak tahun 1999, tidak boleh ditegur, sukar dihubungi, gemar bersosial dengan perempuan bukan muhrim serta tidak melayan diri beliau dengan adil selepas bernikah dengan seorang wanita Rusia yang berstatus janda yang mempunyai tiga orang anak.

Menurut Shahnaz, suaminya mempunyai perniagaan berbilion ringgit, juga mempunyai kereta Mercedes Benz, Lamboghini Murcielago, Ferrari Spider, Bentley New Continental GT, Maserati Quortoporte, Audi dan Alphard.

Saya setuju dengan  pendapat rakan blogger Jelapang. Cukup menyedihkan apabila dikenangkan nasib rakyat Sarawak jika dibandingkan kemewahan Taib dan anak beranak beliau.

Dan tergamak kita termasuk Najib Razak merayu rakyat untuk terus menyokong Taib Mahmud.

Seharusnya kita berkempen supaya rakyat terus menyokong BN tetapi menyingkirkan Taib Mahmud di dalam pilihanraya akan datang.
 
* Tiada beza antara Taib Mahmud dan Muamar Ghadafi dan pemimpin Tunisia.

US Serang Libya.


Menurut sumber dari rakan blogger Waadat, lebih 110 roket Tomahawk AS dan Britain membedil Libya awal pagi tadi, sasarkan sistem pertahanan udara tentera rejim Muammar Gaddafi: AFP

Selepas itu satu lagi sms diterima:
Presiden Muammar Gaddafi isytihar rantau Mediterranean dan Libya kini jadi 'medan perang' selepas tentera bersekutu Barat bedil roket.

Sebentar tadi SMS ketiga menyusul:
Tentera Libya sahkan 58 maut, 15 cedera akibat serangan roket tentera Bersekutu yang sasar bandar Zuwarah, Tripoli, Sirte dan Benghazi: AP

Amerika tidak perlu mencari alasan lain untuk melaksanakan agendanya.

Bagaimana dengan kita di Malaysia? Masih mahu berpecah pelah atas sebab yang remeh?

Parti-parti Melayu tidak perlu disuruh bersatu. Orang Melayu lah yang perlu bijak memilih parti mana yang paling sesuai untuk dinaungi berdasarkan fakta yang realistic, bukannya impian dan janji kosong.

DUN Sarawak Bubar Isnin Ini


Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud hari ini mengumumkan DUN Sarawak dibubarkan Isnin ini, dan notis mengenainya telah dihantar kepada Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng.

Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching. Sehubungan pembubaran itu, pilihan raya negeri hendaklah diadakan dalam masa 60 hari.

Khabar angin juga bertiup kencang bahawa hari pengundian akan jatuh pada 16 April. Bagaimanapun masih belum jelas bilakah tarikh penamaan calon dijalankan kerana ia bergantung kepada tempoh berkempen.

Menurut undang-undang pilihan raya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menentukan tarikh untuk hari penamaan dan penamaan calon.

Bagaimanapun, dijangkakan tempoh berkempem selama lapan hari berdasarkan amalan dalam beberapa pilihan raya kecil sebelum ini.

Dalam pilihan raya pada Mei 2006m BN hilang lapan kerusi kepada pembangkang. Enam dimenangi DAP dan masing-masing satu untuk PKR dan bebas. mk

AL FATIHAH - Datuk Hajjah Ilani Isahak Meninggal Dunia



Bekas Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Hajjah Ilani Isahak meninggal dunia pagi ini di Hospital UKM Cheras akibat barah payudara. Beliau merupakan bekas Exco Pengerakan Wanita UMNO dan baru dilantik Pengerusi Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian Antara Agama-Al- fatihah...Amin.