selamat datang 01 Pictures, Images and Photos

Ganjaran Hadiah Dan Wang Tunai Untuk Anda.

Dapatkan hadiah-hadiah menarik & wang tunai di sini. Daftar Segera. Berbaloi! [Klik Di Sini]

Berminat nak dapatkan Galaxy W
? [KLIK DI SINI]

Anda ingin peluang memenangi MPV? [KLIK DI SINI]


Followers

Benarkah sokongan terhadap UMNO Perlis semakin berkurangan?

Pemilik Akaun Facebook 'Sultan Yang Setan' Ditahan Polis



Klik pada gambar untuk besarkan.
Akhirnya pemilik akaun facebook "Sultan Yang Setan" yang diburu sejak Ogos lalu kerana menyiarkan komen menghina institusi diraja Johor telah ditahan polis.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Wira Syed Ismail Syed Azizan, berkata lelaki berumur 40 tahun itu yang dipercayai mewujudkan akaun itu selepas kemangkatan Sultan Johor Sultan Iskandar Almarhum Sultan Ismail pada Januari lalu, diberkas di ibu negara pada 29 November lalu.

Akaun berkenaan menggunakan alamat e-mel ''pendekar.bentan@gmail.com'' namun identiti yang digunakan adalah kepunyaan individu lain, katanya.

Syed Ismail berkata lelaki itu adalah bekas pelajar sebuah universiti tempatan.
"Motif suspek mewujudkan akaun itu adalah untuk memperjuangkan idealisme sendiri kerana siasatan mendapati beliau tidak terlibat dengan mana-mana politik," katanya.

Beliau juga menasihati orang ramai supaya "Jangan meulis sebarang unsur fitnah dan hasutan yang boleh menggugat ketenteraman awam dalam laman-laman sosial kerana polis mampu mengesan sebarang hebahan yang salah,"

Bom tangan ditemui di pusat pelupusan di Arau



Sebutir bom tangan ditemui di tempat pelupusan sampah di Padang Siding dekat Arau malam semalam ketika seorang pemandu jentolak sedang melakukan kerja-kerja meratakan sampah di situ.

Timbalan Ketua Polis Daerah Arau DSP Lee Swee Meng berkata pihaknya menerima panggilan pukul 8.15 malam kira-kira 15 minit selepas bom itu ditemui dan bergegas ke lokasi.

Bom tangan itu dikatakan ditemui pemandu jentolak itu yang mulanya tidak menyangka objek besi yang ditemuinya di pusat pelupusan sampah itu adalah bom tangan.

Bom itu dimusnahkan di lokasi terbabit pukul 9 pagi ini kerana usaha memusnahkannya malam semalam tidak dapat dilakukan berikutan hujan.

Lee yang ditemui dilokasi itu hari ini menasihati orang ramai agar melaporkan kepada polis sekiranya menemui sebarang objek ganjil dan meragukan untuk tindakan lanjut. Bernama

Pengakuan Lelaki BODOH Yang Mengaku Dirinya "GAY"



Azwan Ismail, 32 seorang jurutera, penyair & penulis merupakan salah seorang peserta kempen Seksualiti Merdeka yang menyokong individu yang memilih untuk hidup sebagai "gay", "lesbian" dan sebagainya. Kempen tersebut mendapat sokongan daripada pergerakan
It’s Get Better Project.

Dalam video ini, Azwan Ismail mengaku bahawa dirinya gay dan bangga dengan slogannya "Saya Gay, Saya OK".

Di sini aku tidak mahu menulis panjang tentang hukum atau implikasi perbuatan pemuda jahil ini. Semua orang tahu kisah Nabi Lut, hukum mengamalkan homoseksual, dan bahana yang bakal diterima oleh orang yang melanggar fitrah dan norma manusia.

Pesan aku pada lelaki ni, bertaubat la sebelum terlambat..!!

Videonya :-
Sumber : Pejuang Maya

* Apa kebodohnya mamat ni. sampai dah tak tahu hukum mengamalkan homoseksual. Ni lah manusia yang paling bodoh dalam dunia ni, yang bangga mengaku dirinya GAY. Memang dasar Al-Juburi. BODOH!!!

Video Kemalangan Ngeri Bas di Simpang Pulai.


UPDATE : Gambar - Gambar Nahas Bas Di Cameron Highlands.










UPDATE : Nahas Bas Di Cameron Highlands, Jumlah Kematian Nahas Bas Meningkat Kepada 27 Orang.



Kemalangan bas Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands


3.00 PM : Lebih 10 orang dikhuatiri terbunuh dalam kemalangan bas dekat Kampung Kawai,  Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands, sebentar tadi.

3.34 PM :
Jumlah mangsa yang maut dalam nahas bas persiaran Thai di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands, pagi tadi meningkat kepada 26 orang. 22 meninggal dunia di tempat kejadian manakala empat dalam perjalanan ke hospital. 

 4.50 PM : Jumlah kematian nahas bas meningkat kepada 27. Seorang lagi penumpang bas persiaran yang terbabit dalam nahas di Jalan Simpang Pulai-Cemeron Highlands, pagi tadi meninggal dunia ketika dirawat di Unit Kecemasan Hospital Raja Permaisuri Bainun, di sini, jam 4 petang tadi.

Bas dua tingkat milik syarikat San Express Holiday yang beribu pejabat di Jitra, Kedah itu membawa 37 pelancong Thai manakala pemandu, pembantu pemandu dan pemandu pelancong adalah rakyat Malaysia.

* Siasatan awal mendapati pemandu bas itu hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan sebelum bas terbabas ke laluan bertentangan dan terbalik di longkang. Identiti dan jantina mangsa yang terbunuh belum dikenal pasti.

Lagi Kemalangan Jalan Raya, 10 Dikhuatiri Maut Nahas Bas Di Cameron



Kemalangan bas Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands

 Lebih 10 orang dikhuatiri terbunuh dalam kemalangan bas dekat Kampung Kawai,  Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands, sebentar tadi. 

5.00 PM : Berita terbaru yang diterima seramai 27 orang telah terbunuh dalam kejadian kemalangan ini.

KLIK SINI UNTUK KE BERITA SELANJUTNYA (UPDATE)

KLIK SINI UNTUK MELIHAT GAMBAR KEJADIAN (UPDATE) 

KLIK SINI UNTUK MELIHAT VIDEO KEMALANGAN NGERI. (UPDATE)



Hadi Awang Akui Wujud Kelemahan Dalam Pakatan Rakyat.



KEPALA BATAS: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengakui wujudnya kelemahan dalam pakatan pembangkang apabila terdapat beberapa anggotanya yang mula hilang tumpuan setelah diserang dari segenap penjuru oleh kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata kelemahan itu adalah cabaran terbesar yang perlu dihadapi dan sekaligus menyeru agar anggota parti bersatu dan tidak mudah tersasar daripada tujuan asal untuk melakukan perubahan menyeluruh kepada generasi akan datang. 

"Ada ketikanya pakatan pembangkang juga sering berdepan dengan perbezaan pendapat dan pandangan dalam menyelesaikan pelbagai masalah," katanya pada Konvensyen Pakatan Pembangkang Kedua di Dewan Millenium di sini, hari ini.

Konvensyen sehari itu turut dihadiri Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.  - BERNAMA 

* PAS sudah dilihat sebagai pak turut dalam pakatan rakyat. jadi macam mana nak perjuangkan islam? Sah lah PAS menggadai agama dan bangsa demi kuasa duniawi....