selamat datang 01 Pictures, Images and Photos

Ganjaran Hadiah Dan Wang Tunai Untuk Anda.

Dapatkan hadiah-hadiah menarik & wang tunai di sini. Daftar Segera. Berbaloi! [Klik Di Sini]

Berminat nak dapatkan Galaxy W
? [KLIK DI SINI]

Anda ingin peluang memenangi MPV? [KLIK DI SINI]


Followers

Benarkah sokongan terhadap UMNO Perlis semakin berkurangan?

Taib Mahmud Kahwini Wanita Lubnan.



Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud dikatakan telah mengahwini seorang wanita Lubnan berusia lingkungan 30-an.

Beliau dilapor akan mengadakan majlis resepsi perkahwinan selepas majlis akad nikah yang disempurnakan Mufti Sarawak Kipli Yassin secara tertutup di Kuching hari ini.

"Kita kena tunggu. Biar Ketua Menteri buat pengumuman rasmi," kata setiausaha akhbarnya, Amin Sahmat ketika dihubungi
Bernama.

Khabar angin mengenai status perkahwinan Taib tersebar luas setelah isteri beliau Puan Sri Laila Taib yang berketurunan Poland, meninggal dunia akibat barah April tahun lalu selepas 50 tahun mendirikan rumah tangga.

Pasangan itu dikurniakan empat anak dan 15 cucu. - Bernama



* Kalau Lah Berita Yang DiLaporkan Ini Benar, Semoga Perkahwinan Tan Sri Taib Mahmud Ini Kekal Dan Bahagia Buat Selamanya. Amin :)

Ibu Azmin Doakan Bala Untuk Ummi Hafilda






Untuk lebih lanjut kisah Ummi Hafilda sila layari blog beliau di sini
(KLIK) 

Pemilik Chelsea Nak Bertanding Kerusi Parlimen Russia



MOSCOW: Pemilik kelab bola sepak Chelsea, Roman Abramovich menyatakan hasrat ingin bertanding kerusi Parlimen yang pernah disandangnya selama lapan tahun sebelum ini.

Agensi berita Interfax melaporkan hari ini, Abramovich, yang kini keempat terkaya di Russia oleh Majalah Forbes dengan memiliki AS$11.2 bilion, mahu mewakaliki kerusi Wilayah Chukotka, di Artik.Disebut-sebut sebagai tokoh paling berpengaruh pada lewat 1990-an, pernah menjadi Ahli Parlimen bagi wilayah Semenanjung Bering itu mulai 2001 hingga 2008. 

Beliau kini secara rasmi berkhidmat sebagai pengerusi rantau Parlimen tetapi kebanyakan masanya tinggal di London dan sering melawat serata dunia. Pilihan raya Parlimen Russia dijadual Disember tahun depan.

Abramovich, 44, memperoleh peluang kekayaan pada awal era Soviet-Russia dalam bidang perdagangan minyak dan memiliki syarikat minyak Sibneft serta kini melebarkan perniagaan dalam pelbagai bidang. Terbaru, beliau pemilik penuh syarikat pelaburan, Millhouse LLC. - AFP  


* Bagus juga kalau orang yang berduit ni jadi ahli parlimen, sekurang-kurangnya banyak la pembangunan yang ada nanti. Tak ada la nak tunggu duit turun baru nak buat pembangunan. Jutawan-jutawan Malaysia bila lagi nak join bidang politik?

Al Fatihah : Adun BN DUN Tenang sah meninggal dunia



Al-Fatihah. ADUN Tenang, Johor, YB Dato' Sulaiman Taha meninggal dunia jam 1.10 am sebentar tadi.Allahyarham juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Labis.

Moga Allah mencucuri rahmat keatas arwah.
Takziah kepada ahli keluarga dan sanak saudara arwah.

MB Perlis Tidak Lagi Dihormati. Seharusnya Ditukar Ganti Segera.



Sidang DUN Perlis 16 Disember 2010
Kredibiliti Md Isa Sabu tercalar dengan pelbagai soalan dan permasalahan yg timbul dalam jentera kerajaan negeri Perlis. Speaker Dewan Undangan Negeri Dato' Yazid Mat memberi amaran kepada MD Isa agar mengambil tindakan segera kepada SUK kerana enggkar dgn arahan dr Md Isa sendiri untuk mengambil tindakan kepada pegawai beliau. SUK Perlis tidak mengendahkan arahan lisan dan memo dari Md Isa Sabu kepada beliau. Hal ini sudah berlarutan selama 3 bulan dan pegawai tersebut masih lagi bertugas dan tiada sebarang tindakan diambil akibat dari sikap yg tidak baik ditunjukkan oleh pegawai berkenaan.

Dato' Yazid Mat juga menegaskan bahawa SUK dan pegawai terlibat tidak sepatutnya menjawat jawatan di pentadbiran negeri kerana tidak menghormati arahan dari Menteri Besar mereka.
Ini menunjukan bahawa Md Isa tidak lagi dihormati sedangkan beliau merupakan menjawat jawatan tertinggi di dalam pemerintahan kerajaan negeri Perlis. Ternyata jelas mereka terbabit mengingkari arahan dan amaran dari beliau. Dengan kata lain bersikap "kurang ajar".

Sementara itu, ADUN Santan Sabry Ahmad seoalah-olah membuka pekung di dada dengan soalan yang ditujukan kepada Dato' Seri Shahidan Kassim (DSSK). Beliau bertanyakan kenapa DSSK tidak memberi bantuan kepada mangsa banjir di Santan. Sedangkan seluruh rakyat di Perlis tahu semua kawasan telah dilawati dan diberi bantuan oleh DSSK. Persoalan ini sebenarnya menjerat Sabry sendiri. Kenapa beliau mengharapkan ADUN Tambun Tulang (DSSK) untuk memberi bantuan kepada mangsa banjir di Santan. sedangkan Santan adalah kawasan beliau. Berdasarkan maklumat yg diperolehi, Sabry yg juga ADUN Santan tidak secara menyeluruh melawati mangsa-mangsa banjir di kawasannya sendiri.

PUTERI UMNO HABUAN SEKS DAN SATU CIUMAN BERAHI



Sebuah blog melaporkan bahawa Puteri UMNO menjadi habuan seks pemimpin UMNO. Bagi menghias pembohongan untuk nampak menyakinkan, 'otak syaitan' mereka memberikan idea   diletakkan gambar seorang ahli Puteri UMNO yang lengan bajunya terkoyak, konon akibat kerakusan pemimpin UMNO. (Klik Sini)


Bagaimanapun ramai masih ingat bahawa gambar tersebut adalah gambar seorang ahli Puteri UMNO yang 'diganasi' oleh penyokong PKR dalam satu kempen pilihanraya tidak lama dahulu. Mungkin kerana blog berkenaan sudah semakin hilang kredebilitinya lalu memainkan isu sensasi semata-mata untuk mencari popularitinya semula. Saya juga melihat sejak kebelakangan ini jumlah pelawat (bukan 'peliwat') di blog berkenaan semakin berkurangan. Mungkin ini salah satu usaha mereka demi survivalnya.

Blog berkenaan sudah tidak lagi berlatar belakangankan biru laut tetapi berubah hijau. Kita jangan terkejut nanti bila menemui admin. blog berkenaan berkain pelikat dan berserban atau memakai ketayap dengan logo 'bulatan'. Tahniah kepada blog itu yang berjaya berubah menjadi blog sesumpah politik.
 
 
* Mainan politik puak pembangkang yang nak memutar belitkan isu. Puak pembangkang memang pandai menfitnah. Yang jadi mangsa orang yang tak bersalah.

Piala AFF : Malaysia Tundukkan Vietnam 2-0

 

Keputusan Penuh Perlawanan Malaysia Menentang Vietnam,
Malaysia 2 - Vietnam - 0

Tahniah Buat Pasukan BolaSepak Malaysia..

Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis Perlu DiTukar Ganti Segera.

Md Isa Sabu
Jika di Kedah sudah disebut-sebutkan Datuk Paduka Ahmad Bashah bakal menjadi pengerusi perhubungan UMNO Kedah, bagaimana pula dengan Perlis? Adakah Perlis juga akan digantikan dengan pengerusi perhubungan UMNO yang baru? Setelah dua tahun Dato Seri Md Isa Sabu menjadi pengerusi perhubungan UMNO Perlis, kini keadaan UMNO Perlis kian lesu, lemah dan tidak bermaya. Md Isa gagal dalam memikul tanggung jawab yang diberikan pada dirinya sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Perlis yang dilihat begitu penting dalam memainkan peranan untuk memperkukuhkan parti.

Ada juga suara-suara dan khabar yang mengatakan Dato Seri Najib Razak akan melantik Mantan Menteri Besar Perlis, Dato Seri Shahidan Kassim menerajui semula Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis.

Peralihan jawatan tersebut berdasarkan pekembangan semasa di Perlis berikutan prentasi Md Isa yang telah gagal untuk menyatu padukan dan memperkasa semula UMNO Perlis. Selama Md Isa menjadi Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis, hingga kini tidak ada satu program pun yang mampu dianjurkan Md Isa atas nama Perhubungan UMNO Perlis.

Masalah yang ada di Perlis kini, tidak ada tokoh yang berkelayakan untuk dilantik menjadi Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis yang baru selain Shahidan, yang telah berjaya mengetuai UMNO Perlis sehingga Perlis menang besar pada pilihanraya yang lalu. Perlis satu-satunya negeri di utara yang telah berjaya mempertahankan kemenangannya pada pilihanraya yang lalu, hasil usaha keras Shahidan. Negeri-negeri yang berjiran dengan Perlis, semuanya dilanda tsunami pilihanraya apabila telah kalah teruk dan kini dikuasai oleh pembangkang. BN atau Umno tidak macam dulu lagi, boleh buat pilihan pilih mereka yang terbaik dari kalangan mereka. Tetapi bila ada campur tangan pihak tertentu, telah menyebabkan Najib terpaksa mengambil mereka yang tidak layak ataupun berpengalaman menjadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis.

Ketika Perlis dilanda banjir baru-baru ini, Md Isa selaku Menteri Besar Perlis dan Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis telah menunjukkan kelemahannya dalam menangani masalah banjir. Amat mendukacitakan, ada sesetengah penempatan mangsa-mangsa banjir tidak diberi perhatian yg sewajarnya, bekalan makanan dan peralatan lambat diagihkan dan ada antaranya yang tidak sampai kepada mangsa banjir sehinggalah keadaan banjir pulih seperti sediakala. 

Rakyat tertanya-tanya, kemanakah perginya menteri besar dan wakil-wakil rakyat yang lain, ketika Perlis dilanda banjir? Mujurlah ada Shahidan yang telah mengeluarkan wangnya sendiri, menghulurkan sumbangan dan memberi bantuan bekalan makanan dan lain-lain keperluan melalui Yayasan Pok dan Kassim miliknya, kepada mangsa-mangsa banjir diseluruh Perlis. 

Pada sidang DUN Perlis, 14 disember, Ustaz Hashim Jasin (PAS-Sanglang) sendiri memuji tindakan Yayasan Pok dan Kassim milik Shahidan yang banyak membantu, ketika Perlis dilanda banjir. Md Isa seharusnya mengakui pengurusan bencana banjir di Perlis, baru-baru ini telah gagal dilaksanakan oleh beliau.

Klik pada gambar untuk besarkan.

Berdasarkan hasil penilaian sokongan terhadap UMNO Perlis pada blog ini, sehingga 15 disember 2010 jam 12.38pm. 1379 undian berjaya diperolehi, 689 (49%) mengatakan sokongan terhadap UMNO Perlis kini semakin berkurangan, 354 (25%) mengatakan tidak, dan 344 (24%) mengatakan tidak pasti. Ternyata sokongan terhadap UMNO Perlis kini semakin berkurangan. Majoriti rakyat Perlis sudah semakin bosan dengan kepimpinan UMNO yang ada sekarang.

Justeru itu, terserahlah pada Dato Seri Najib, seharusnya beliau menukar ganti Md Isa dengan tokoh yang lebih layak. Ia akan membolehkan kita membetulkan apa yang salah dalam UMNO Perlis. Rakyat Perlis juga mengetahui Menteri Besar "Pintu Belakang" telah khianat dan engkar terhadap amanah yang telah dilafaz sumpah olehnya sewaktu majlis angkat sumpah menjadi menteri besar. Rakyat Perlis bagaikan kaca terhempas ke batu dengan kepimpinan UMNO Perlis yang ada sekarang. Jangan biarkan Perlis ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua. Takut ada diantara rakyat Perlis sudah bosan dan berpaling arah. Kebanyakkan rakyat Perlis sudah kecewa dengan pentadbiran yang ada sekarang, tidak sanggup pula lihat Perlis menerima nasib yang sama seperti negeri-negeri jiran lain, yang telah ditadbir pembangkang. Hanya rakyat Perlis sahaja yang dapat menilai, seharusnya ianya perlu ditukar ganti segera!!!

"SELAMATKAN LAH UMNO PERLIS"