selamat datang 01 Pictures, Images and Photos

Ganjaran Hadiah Dan Wang Tunai Untuk Anda.

Dapatkan hadiah-hadiah menarik & wang tunai di sini. Daftar Segera. Berbaloi! [Klik Di Sini]

Berminat nak dapatkan Galaxy W
? [KLIK DI SINI]

Anda ingin peluang memenangi MPV? [KLIK DI SINI]


Followers

Benarkah sokongan terhadap UMNO Perlis semakin berkurangan?

PUTERI UMNO HABUAN SEKS DAN SATU CIUMAN BERAHI



Sebuah blog melaporkan bahawa Puteri UMNO menjadi habuan seks pemimpin UMNO. Bagi menghias pembohongan untuk nampak menyakinkan, 'otak syaitan' mereka memberikan idea   diletakkan gambar seorang ahli Puteri UMNO yang lengan bajunya terkoyak, konon akibat kerakusan pemimpin UMNO. (Klik Sini)


Bagaimanapun ramai masih ingat bahawa gambar tersebut adalah gambar seorang ahli Puteri UMNO yang 'diganasi' oleh penyokong PKR dalam satu kempen pilihanraya tidak lama dahulu. Mungkin kerana blog berkenaan sudah semakin hilang kredebilitinya lalu memainkan isu sensasi semata-mata untuk mencari popularitinya semula. Saya juga melihat sejak kebelakangan ini jumlah pelawat (bukan 'peliwat') di blog berkenaan semakin berkurangan. Mungkin ini salah satu usaha mereka demi survivalnya.

Blog berkenaan sudah tidak lagi berlatar belakangankan biru laut tetapi berubah hijau. Kita jangan terkejut nanti bila menemui admin. blog berkenaan berkain pelikat dan berserban atau memakai ketayap dengan logo 'bulatan'. Tahniah kepada blog itu yang berjaya berubah menjadi blog sesumpah politik.
 
 
* Mainan politik puak pembangkang yang nak memutar belitkan isu. Puak pembangkang memang pandai menfitnah. Yang jadi mangsa orang yang tak bersalah.

Piala AFF : Malaysia Tundukkan Vietnam 2-0

 

Keputusan Penuh Perlawanan Malaysia Menentang Vietnam,
Malaysia 2 - Vietnam - 0

Tahniah Buat Pasukan BolaSepak Malaysia..

Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis Perlu DiTukar Ganti Segera.

Md Isa Sabu
Jika di Kedah sudah disebut-sebutkan Datuk Paduka Ahmad Bashah bakal menjadi pengerusi perhubungan UMNO Kedah, bagaimana pula dengan Perlis? Adakah Perlis juga akan digantikan dengan pengerusi perhubungan UMNO yang baru? Setelah dua tahun Dato Seri Md Isa Sabu menjadi pengerusi perhubungan UMNO Perlis, kini keadaan UMNO Perlis kian lesu, lemah dan tidak bermaya. Md Isa gagal dalam memikul tanggung jawab yang diberikan pada dirinya sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Perlis yang dilihat begitu penting dalam memainkan peranan untuk memperkukuhkan parti.

Ada juga suara-suara dan khabar yang mengatakan Dato Seri Najib Razak akan melantik Mantan Menteri Besar Perlis, Dato Seri Shahidan Kassim menerajui semula Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis.

Peralihan jawatan tersebut berdasarkan pekembangan semasa di Perlis berikutan prentasi Md Isa yang telah gagal untuk menyatu padukan dan memperkasa semula UMNO Perlis. Selama Md Isa menjadi Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis, hingga kini tidak ada satu program pun yang mampu dianjurkan Md Isa atas nama Perhubungan UMNO Perlis.

Masalah yang ada di Perlis kini, tidak ada tokoh yang berkelayakan untuk dilantik menjadi Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis yang baru selain Shahidan, yang telah berjaya mengetuai UMNO Perlis sehingga Perlis menang besar pada pilihanraya yang lalu. Perlis satu-satunya negeri di utara yang telah berjaya mempertahankan kemenangannya pada pilihanraya yang lalu, hasil usaha keras Shahidan. Negeri-negeri yang berjiran dengan Perlis, semuanya dilanda tsunami pilihanraya apabila telah kalah teruk dan kini dikuasai oleh pembangkang. BN atau Umno tidak macam dulu lagi, boleh buat pilihan pilih mereka yang terbaik dari kalangan mereka. Tetapi bila ada campur tangan pihak tertentu, telah menyebabkan Najib terpaksa mengambil mereka yang tidak layak ataupun berpengalaman menjadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis.

Ketika Perlis dilanda banjir baru-baru ini, Md Isa selaku Menteri Besar Perlis dan Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis telah menunjukkan kelemahannya dalam menangani masalah banjir. Amat mendukacitakan, ada sesetengah penempatan mangsa-mangsa banjir tidak diberi perhatian yg sewajarnya, bekalan makanan dan peralatan lambat diagihkan dan ada antaranya yang tidak sampai kepada mangsa banjir sehinggalah keadaan banjir pulih seperti sediakala. 

Rakyat tertanya-tanya, kemanakah perginya menteri besar dan wakil-wakil rakyat yang lain, ketika Perlis dilanda banjir? Mujurlah ada Shahidan yang telah mengeluarkan wangnya sendiri, menghulurkan sumbangan dan memberi bantuan bekalan makanan dan lain-lain keperluan melalui Yayasan Pok dan Kassim miliknya, kepada mangsa-mangsa banjir diseluruh Perlis. 

Pada sidang DUN Perlis, 14 disember, Ustaz Hashim Jasin (PAS-Sanglang) sendiri memuji tindakan Yayasan Pok dan Kassim milik Shahidan yang banyak membantu, ketika Perlis dilanda banjir. Md Isa seharusnya mengakui pengurusan bencana banjir di Perlis, baru-baru ini telah gagal dilaksanakan oleh beliau.

Klik pada gambar untuk besarkan.

Berdasarkan hasil penilaian sokongan terhadap UMNO Perlis pada blog ini, sehingga 15 disember 2010 jam 12.38pm. 1379 undian berjaya diperolehi, 689 (49%) mengatakan sokongan terhadap UMNO Perlis kini semakin berkurangan, 354 (25%) mengatakan tidak, dan 344 (24%) mengatakan tidak pasti. Ternyata sokongan terhadap UMNO Perlis kini semakin berkurangan. Majoriti rakyat Perlis sudah semakin bosan dengan kepimpinan UMNO yang ada sekarang.

Justeru itu, terserahlah pada Dato Seri Najib, seharusnya beliau menukar ganti Md Isa dengan tokoh yang lebih layak. Ia akan membolehkan kita membetulkan apa yang salah dalam UMNO Perlis. Rakyat Perlis juga mengetahui Menteri Besar "Pintu Belakang" telah khianat dan engkar terhadap amanah yang telah dilafaz sumpah olehnya sewaktu majlis angkat sumpah menjadi menteri besar. Rakyat Perlis bagaikan kaca terhempas ke batu dengan kepimpinan UMNO Perlis yang ada sekarang. Jangan biarkan Perlis ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua. Takut ada diantara rakyat Perlis sudah bosan dan berpaling arah. Kebanyakkan rakyat Perlis sudah kecewa dengan pentadbiran yang ada sekarang, tidak sanggup pula lihat Perlis menerima nasib yang sama seperti negeri-negeri jiran lain, yang telah ditadbir pembangkang. Hanya rakyat Perlis sahaja yang dapat menilai, seharusnya ianya perlu ditukar ganti segera!!!

"SELAMATKAN LAH UMNO PERLIS"

Bashah Ketua Perhubungan Umno Kedah? Mukhriz Timbalan?

Bashah Md Hanipah
Mukhriz Mahathir
Menurut sahabat blogger Jelapang, ada khabar-khabar angin yang sedang bertiup kencang mengatakan Ahmad Bashah Md Hanipah akan dilantik menjadi Ketua Perhubungan Umno Kedah manakala Mukhriz Mahathir pula akan dilantik menjadi Timbalan Ketua Perhubungan UMNO Kedah.

Khabarnya Ahmad Bashah telah dipanggil mengadap Perdana Menteri dan Presiden Umno minggu lepas di Kuala Lumpur dan telah dimaklumkan bahawa beliau akan dilantik sebagai Ketua Perhubungan Umno Kedah yang baru menggantikan Shafie Apdal.

Sementara Mukhriz, yang merupakan hanya ahli jawatankuasa Bahagian Umno Kubang Pasu, akan dinobatkan sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah.

Alasannya ialah untuk menyakinkan dan memberi harapan baru kepada pengundi bahawa Umno mampu mengenengahkan muka baru dan membawa perubahan melalui Mukhriz, anak bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.


Persoalannya adakah Bashah mampu mengemudikan Umno Kedah? Dan adakah Mukhriz mampu membawa perubahan kepada Kedah? 

* Kalau dah dilantik tu, harap-harap dapat jalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan itu dengan sempurna serta dapat memperkasakan kembali UMNO Kedah dalam misi menawan Kedah kembali.

Zaid Ibrahim Sah Sertai AKIM

KUALA LUMPUR, 13 Dis — Presiden Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) Zakaria Salleh mengesahkan Datuk Zaid Ibrahim secara rasmi sudah menjadi ahli parti itu, berkuat kuasa pertengahan bulan lalu. Zakaria berkata Zaid yang juga bekas pengerusi PKR Wilayah Persekutuan telah menyerahkan borang keahlian Akim selepas keluar daripada PKR pada 19 November lalu.

Zaid sebelum ini telah menerima notis keluar PKR pada 19 November lalu walaupun pernah mengumumkan akan keluar parti itu pada 16 Disember ini.

“Beliau (Zaid) sekarang sah sebagai ahli Akim, beliau telah serahkan borang keahlian pada November lalu. “Jadi status beliau adalah ahli kita yang sah dan rasmi,” kata Zakaria ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.

Ketika ditanya sama ada Zaid akan bertanding jawatan presiden Akim, Zakaria berkata, ia terpulang kepada bekas menteri kerajaan pusat itu. “Terpulang kepada Zaid sama ada mahu bertanding ataupun tidak, jika mahu bertanding jawatan itu (presiden) saya akan beri laluan.
“Keputusan itu juga bergantung kepada keputusan ahli yang lain, saya tidak boleh buat keputusan,” katanya.

Akim akan mengadakan perhimpunan agung di Kuala Lumpur lusa bagi memilih barisan kepimpinan yang baru. “Zaid kemungkinan besar akan menghadiri mesyuarat agung ini,” kata Zakaria lagi.

Sebelum ini Zakaria berkata beliau sedia memberi laluan kepada Zaid untuk menerajui parti tersebut jika bekas pemimpin PKR itu sedia menyertainya. Beliau juga yakin Zaid yang meninggalkan PKR baru-baru ini kemungkinan besar akan menyertai Akim bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13, yang dijangka diadakan awal tahun depan.

Menurut Zakaria, melalui perbincangan sebelum ini Zaid telah menyatakan persetujuan untuk menyertai parti yang berpejabat di Kelantan itu. - TMI


* Kalau kali ni Zaid buat hal lagi, parti mana pula yang dia nak masuk? Ok la tu, Presiden AKIM pun dah bagi laluan untuk Zaid bertanding jawatan Presiden. Itu mungkin cita-cita Zaid, Semoga berkekalan dengan jodoh yang baru tiba. Amin :D

Zaid Ibrahim Bakal Presiden AKIM?

Presiden Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) Zakaria Salleh sedia memberi laluan kepada Datuk Zaid Ibrahim untuk menerajui parti tersebut jika bekas pemimpin PKR itu sedia menyertainya.

Sehubungan itu, Zakaria yakin Zaid yang meninggalkan PKR baru-baru ini kemungkinan besar akan menyertai Akim bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13, yang dijangkakan akan diadakan awal tahun depan.


Menurut Zakaria, melalui perbincangan sebelum ini Zaid telah menyatakan persetujuan untuk menyertai parti yang berpejabat di Kelantan itu.


“Datuk Zaid telah menyatakan persetujuan untuk menyertai Akim, kita juga mengalu-alukan kedatangan beliau ke parti ini.


Baca selanjutnya
disini...

Tunggu apa lagi Zaid? Orang dah offer nak bagi parti tu ambik je lah.. Bukan calang-calang parti AKIM ni tau. Dah berapa banyak pilihanraya kecil parti ni masuk bertanding.


Antaranya ialah Parlimen Permatang Pauh. AKIM telah berjaya memberikan saingan sengit terhadap Anwar serta calon UMNO yang bertanding pada PRK tersebut dengan merampas 92 undi....kira ok lah tuu..


Jadi, tak perlu lagi Zaid Ibrahim nak susah-susah tubuhkan parti baru. Masuk je AKIM dan lawan Anwar sekali lagi di Permatang Pauh pada PRU13 nanti. Gerenti menang punyalah sebab ramai orang Permatang Pauh dah tak sukakan gandingan Anwar dan juga Mansor kat sini.


* Kah Kah Kah, Zaid oooohhhh Zaid.. Setuju dengan rakan blogger Media Permatang Pauh "
Kalau masuk AKIM, kena pakai serban dgn jubah lah nampaknya Zaid lepas ni...barulah betul-betul jadi melayu sekular..." Kah Kah Kah...


Samy Vellu Sibuk Selepas Bersara? Atau Buat-Buat Sibuk? Atau Penyibuk?

IPOH: Semua urusan berjalan seperti biasa bagi Datuk Seri S Samy Vellu, 74, apabila beliau melakukan lawatan ke seluruh negeri ini dan merasmikan majlis walaupun hanya empat hari lalu beliau melepaskan jawatan sebagai presiden MIC yang dipegang sejak 31 tahun lalu.

Sama seperti hari-hari lain, bekas Presiden MIC itu hari ini merasmikan bangunan baru untuk sekolah Tamil Sangetha Sabah di sini dan dijadual untuk ke utara lewat hari ini bagi menghadiri majlis perpisahan untuk beliau anjuran MIC Kedah. 
 
Sehari sebelum beliau mengumumkan pesaraannya daripada politik Isnin lalu, Samy Vellu berkata bagi beliau ia adalah "kerja seperti biasa", malah menggelar dirinya sebagai "enjin berkuasa diesel" - BH

* Kah Kah Kah.. "enjin berkuasa diesel" atau "enjin tua yang dah menanti hari"? Dah bersara tu buat la cara dah bersara, duduk rumah kasi jaga itu cucu laaa.. Jangan jadi penyibuk. Kasi peluang orang lain pula memimpin.

Teguran KHAS Untuk Hishammuddin Dan Rais Yatim



* JADIKAN LAH IA SATU TEGURAN YANG MEMBINA!!!