selamat datang 01 Pictures, Images and Photos

Ganjaran Hadiah Dan Wang Tunai Untuk Anda.

Dapatkan hadiah-hadiah menarik & wang tunai di sini. Daftar Segera. Berbaloi! [Klik Di Sini]

Berminat nak dapatkan Galaxy W
? [KLIK DI SINI]

Anda ingin peluang memenangi MPV? [KLIK DI SINI]


Followers

Benarkah sokongan terhadap UMNO Perlis semakin berkurangan?

Samy Vellu Sibuk Selepas Bersara? Atau Buat-Buat Sibuk? Atau Penyibuk?

IPOH: Semua urusan berjalan seperti biasa bagi Datuk Seri S Samy Vellu, 74, apabila beliau melakukan lawatan ke seluruh negeri ini dan merasmikan majlis walaupun hanya empat hari lalu beliau melepaskan jawatan sebagai presiden MIC yang dipegang sejak 31 tahun lalu.

Sama seperti hari-hari lain, bekas Presiden MIC itu hari ini merasmikan bangunan baru untuk sekolah Tamil Sangetha Sabah di sini dan dijadual untuk ke utara lewat hari ini bagi menghadiri majlis perpisahan untuk beliau anjuran MIC Kedah. 
 
Sehari sebelum beliau mengumumkan pesaraannya daripada politik Isnin lalu, Samy Vellu berkata bagi beliau ia adalah "kerja seperti biasa", malah menggelar dirinya sebagai "enjin berkuasa diesel" - BH

* Kah Kah Kah.. "enjin berkuasa diesel" atau "enjin tua yang dah menanti hari"? Dah bersara tu buat la cara dah bersara, duduk rumah kasi jaga itu cucu laaa.. Jangan jadi penyibuk. Kasi peluang orang lain pula memimpin.

Teguran KHAS Untuk Hishammuddin Dan Rais Yatim



* JADIKAN LAH IA SATU TEGURAN YANG MEMBINA!!!

Khir Toyo Letak Jawatan Ketua Pembangkang Selangor

SHAH ALAM 8 Dis. - Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo telah menghantar faks kepada Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Teng Chang Kim untuk memaklumkan peletakan jawatan sebagai ketua pembangkang pada pukul 11.20 pagi tadi.

Surat yang sama difaks kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor. - Utusan
 
* Respek pada DS Khir Toyo, walaupun beliau belum dibuktikan bersalah, beliau telah mengambil langkah cepat untuk meletak jawatan sebagai ketua pembangkang Selangor bagi menghidari tuduhan dan serangan politik puak pakatan.

Nik Aziz Sakit Tenat?

Ini satu berita gempar yang Farah terima tengah malam ini...dimaklumkan seorang rakan dari Kelantan bahawa Nik Aziz sakit tenat malam ini dan terpaksa dibawa ke hospital.

Punca dikatakan kerana sesak nafas.


Nik Aziz dikatakan dibawa menggunakan ambulan malam tadi.


Setakat ini tidak banyak maklumat yang diperoleh namun keadaan beliau dikatakan tenat dan beliau ditempat di wad rawatan rapi Hospital


Sakit beliau ini dikatakan ada berhubung kait dengan sakit dialami ketika mengerjakan haji tahun ini. Beliau dikatakan gagal menyempurnakan ibadah berkenaan dan terpaksa membayar Dam (denda).


Nampaknya sakit mengikut beliau sehingga ke negara ini...


Walaupun mungkin berlainan haluan politik, mari bersamalah kita mendoakan kesejahteraan beliau.


Info Ringkas Tok Guru:


Dilahirkan pada tahun 1931 di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu beliau merupakan anak kedua daripada sembilan orang adik-beradik. Hasil perkongsian hidup dengan isterinya, iaitu Tuan Sabariah Binti Tuan Ishak, beliau dikurniakan 10 orang cahaya mata (5 lelaki dan 5 perempuan).


Sumber:
Malaysia Instinct

*Kalau benarlah apa yang dikatakan, harap kita sama-sama berdoa semoga beliau cepat sembuh.Amin

Shahidan Saran Facebook Disekat Jika Terus Gugat Keselamatan

KANGAR: Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Dr Shahidan Kassim mencadangkan agar laman sosial facebook disekat jika ia terus menggugat keselamatan negara.

Beliau berkata saranan agar sekatan dikenakan itu ekoran terdapat pengguna yang mengambil kesempatan atas kecanggihan teknologi untuk menghina agama Islam dan pemimpin negara.

"Jika mengancam keselamatan negara dan wujud unsur penghinaan terhadap agama, maka tidak perlu ada facebook," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas mengiringi Persatuan Facebook Perlis membuat laporan polis berhubung isu penghinaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam sebuah laman sosial facebook, di balai polis Kangar, di sini Isnin.

Laporan polis itu dibuat oleh Timbalan Presiden Persatuan Facebook Perlis Mohd Faizuddin Ismail kira-kira 5.30 petang.

Selain laporan polis, laporan di Jabatan Agama Islam negeri berhubung isu itu akan dibuat berikutan tindakan pemilik akaun laman sosial itu menghina agama Islam.

Shahidan berkata penghinaan terhadap kedua-dua pemimpin negara itu di laman sosial terbabit disedari oleh anggota persatuan berkenaan pada 29 November lepas kira-kira 10.30 malam.

Shahidan, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Tambun Tulang berkata pihak Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) perlu mengambil tindakan sewajarnya ke atas pemilik akaun laman sosial itu.

Selain SKMM, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Majlis Fatwa Negara juga perlu mengambil tindakan ke atas pemilik akaun yang menghina agama Islam. - BERNAMA

Tamatlah Kisah Samy Vellu Sebagai Presiden MIC

Presiden MIC S Samy Vellu akhirnya mengundurkan diri setelah menerajui MIC - parti kaum India yang merupakan parti komponen ketiga terbesar BN - selama 31 tahun.
Pengganti pilihannya ialah penyokong setianya, Datuk G Panivel, yang akan menjadi presiden MIC yang kelapan.

Manakala setiausaha agung, Datuk Dr S Subramaniam pula dinaikkan pangkat menjadi timbalan presiden.

Bercakap kepada wartawan selepas mesyuarat jawatankuasa kerja pusat (CWC), Samy Vellu berkata: "Saya sangat gembira menyerahkan tugas saya kepada Palanivel dan beliau akan serahkan (tugasnya) kepada Datuk Dr S Subramaniam."

Samy Vellu, 74, pada mulanya akan terus memegang jawatan presiden sehingga bulan Mac 2012.

Bagaimanapun, terdapat gesaan supaya beliau berundur lebih awal dan menyerahkan jawatan itu kepada Palanivel untuk membuat persediaan bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

MIC kalah teruk dalam pilihan raya umum 2008 yang turut menyaksikan Samy Vellu sendiri tewas di kubu kuatnya di Sungai Siput. MK

Mantan MB Selangor, Khir Toyo Ditahan SPRM.

Mantan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Khir Toyo telah ditahan hari ni oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dan akan didakwa di Mahkamah Seksyen Shah Alam, di bawah Sekyen 165 Kanun Keseksaan atas kesalahan rasuah. Seksyen 165 Kanun Keseksaan, seseorang boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan..

Difahamkan, penahanan Khir Toyo, ada kaitan dengan "Istana Khir" iaitu rumah ala Bali milik mantan menteri besar itu di Seksyen 7, Shah Alam. Kedua-dua lot tanah berkenaan yang bernilai RM3.5 juta diterima pada 29 Mei 2007. Lot tanah berkenaan sebelum ini telah dibeli oleh Pengarah syarikat Ditamas Sdn Bhd, Shamsuddin Haryoni, pada harga RM6.5 juta pada tahun 2004. 

Khir Toyo, 45, menjadi Menteri Besar Selangor yang ke-13 pada Ogos 2000 ketika berumur 35 tahun dan penjawat jawatan Menteri Besar yang termuda.

PILIHANRAYA UMUM KE 13. SUDAHKAH BN BERSEDIA?

Saya amat suka bila berlaku sesuatu isu yang "PANAS", minda kita seharusnya lebih terbuka dan memandang jauh ke hadapan.  Saya amat tertarik membaca tulisan Syed Atief menerusi blognya "qunang terang dalam gelap", yang bertajuk "PILIHANRAYA UMUM KE-13".  Topiknya tentulah sama sekali dengan politik semasa. Ia berkaitan dengan realiti kerajaan Barisan Nasional menjelang pilihanraya. Sudahkah Barisan Nasional bersedia menjelang pilihanraya akan datang?

Pembaharuan Tradisi

1. Telah menjadi tradisi dalam umno untuk melambatkan pemilihan parti bagi memberi laluan kepada pilihanraya umum.

Cerdik punya cerdik.. Cantik punya cantik.. Last-last gigit ekor sendiri.. :)

2. Alasan yang sinonim disebalik tradisi ini ialah untuk mengelakkan berlakunya perpecahan dalaman yang dikhuatiri menggugat kekuatan parti.

3. Pemilihan pimpinan UMNO yang sepatutnya diadakan pada tahun 2007 telah dilambatkan setahun bagi memberi laluan kepada pilihanraya umum ke-12 yang akhirnya menyaksikan Barisan Nasional tersungkur di enam negeri termasuk Wilayah Persekutuan.

Menyimbah air ke daun keladi..
 
 
4. Perkara pokok yang mengucar-kacirkan jentera UMNO dalam pilihanraya umum ke-12 adalah cubaan disaat-saat akhir oleh Presiden UMNO ketika itu untuk mengetepikan pandangan Ketua-ketua Bahagian UMNO secara veto dengan mencalonkan individu-individu yang menjadi pilihannya secara sesuka hati.

5. Penafian terhadap cadangan dan pandangan Ketua-ketua Bahagian ini telah melonggarkan cengkaman jentera UMNO di akar umbi yang ternyata tidak berpuas hati kerana ketua yang dipilih secara musyawwarah oleh mereka telah dipinggirkan oleh pucuk pimpinan.


Kos yang terlalu tinggi terpaksa dibayar untuk membawa beban yang terlalu kecil.. Merugikan..?
 
 
6. Sebaliknya, pucuk pimpinan parti lebih cenderung menerima pandangan dan cadangan daripada Ahli-ahli Parlimen sedia ada ketika itu yang sebahagiannya tidak memegang jawatan dalam Bahagian. Kelompok ini naik kerana mahir dalam selok belok mengampu dan mengipas untuk kepentingan diri.

7. Natijahnya, lebih 80 orang Ketua Bahagian UMNO tidak dicalonkan oleh kerana Ahli-ahli Parlimen yang tidak berjawatan ini sememangnya berhajat untuk mencantas Ketua-ketua Bahagian tersebut lebih awal dengan harapan mudahlah nanti mereka memenangi jawatan dalam pemilihan Bahagian.

Mengelak Perpecahan

Buta teknologi atau buta hati..?
 
 
8. Sama ada pemilihan parti diadakan atau tidak sebelum pilihanraya umum, perpecahan sememangnya tidak dapat dielakkan; apatah lagi masing-masing mengharap agar diri mereka dipilih sebagai calon, maka jawatan dalam parti boleh dijadikan batu loncatan.

9. Apa yang dapat dilakukan ialah mengurangkan impak kepada perpecahan yang sedia wujud agar tidak menjejaskan kekuatan parti secara keterlaluan. Impak kepada perpecahan hanya akan dapat dikurangkan sekiranya individu yang hendak dicalonkan itu telah diuji dan direstui secara konsensus oleh sekurang-kurangnya ahli-ahli dan jentera parti di kawasannya.

Boleh senang nak cari susah..
 
 
10. Oleh yang demikian, cadangan nama wakil-wakil rakyat perlu datang daripada Ketua Bahagian yang telah membuktikan keupayaan dan kejayaannya menambat hati majoriti ahli-ahli parti di kawasannya dengan apa cara sekalipun; sekaligus membolehkan jentera parti digerakkan olehnya dengan lebih terancang, tersusun dan bertangungjawab. 

11. Mengadakan pemilihan parti sebelum pilihanraya merupakan suatu transformasi besar dalam UMNO agar barisan calon-calon yang bakal dipilih dalam pilihanraya umum dilihat mendapat mandat yang segar daripada para pengundi.

12. Kemudiannya, seruan perpecahan menjelang pilihanraya umum oleh individu yang tewas dalam pemilihan parti bolehlah dianggap sebagai minoriti yang tertakluk kepada pertimbangan dan budi bicara pemenang majoriti untuk mempertimbangkan desakannya.

Potong sayur dengan pisau; jari tak putus, sayur terincit..
 
 
13. Kaedah memperkasakan institusi UMNO di Bahagian menjadi kunci kejayaan Barisan Nasional selama berdekad-dekad.

14. Sejarah membuktikan, tindakan mengetepikan Bahagian ibarat mengundang kekalahan. Kesilapan ini tidak wajar diulangi oleh mana-mana Presiden UMNO.

qunang: tergigit lidah.. :)