selamat datang 01 Pictures, Images and Photos

Ganjaran Hadiah Dan Wang Tunai Untuk Anda.

Dapatkan hadiah-hadiah menarik & wang tunai di sini. Daftar Segera. Berbaloi! [Klik Di Sini]

Berminat nak dapatkan Galaxy W
? [KLIK DI SINI]

Anda ingin peluang memenangi MPV? [KLIK DI SINI]


Followers

Benarkah sokongan terhadap UMNO Perlis semakin berkurangan?

Pemimpin Perlu Pandai Guna Facebook.

"Ada dalam kalangan pemimpin yang menyalahgunakan ruangan sembang itu untuk mengkritik dan memberi ulasan yang tidak sepatutnya dikeluarkan secara terbuka." Kata Md Isa Sabu dalam akhbar Sinar Harian.

Kebebasan bersuara merupakan antara hak asasi yang dijamin oleh perlembagaan negara seperti yang diabadikan dalam Perlembagaan Malaysia Fasal 10. Hak ini merupakan suatu kurniaan Allah yang digunapakai oleh setiap bangsa yang bertamadun.

Sepatutnya Kerajaan Perlis perlu memberi ruang kepada rakyat perlis terutamanya anak muda untuk memberi pendapat atau respon pada kerjaaan negeri. Sekarang ni salah satu cara terdekat komunikasi antara pemimpin dengan rakyat ialah halaman Facebook. Tapi yg jadi masalahnya dan memang bermasalah, bila MB sendiri tak tahu nak guna Facebook. Macam mana nak dekatkan hati dengan rakyat? Nak turun mai jumpa rakyat? Dah tentu susah....

Kedah sudah berubah, Perlis bila lagi?

Tiada lagi gambar perempuan yang tidak menutupi aurat. Bahasa jawi digunakan di papan iklan. Sekurang kurangnya tidak ada dosa bila kita melihat papan iklan tersebut, dan pengunaan bahasa jawi pada kita akan lebih lancar.Seharusnya kita sokong tindakan kerajaan negeri Kedah ini. Bukan atas dasar politik, tapi atas dasar ISLAM.

Pahala kalau kita sokong orang menutup aurat dan pahala kalau kita guna huruf² al-quran

Datuk Ibrahim Ali Dimasukkan Ke Hospital



Datuk Ibrahim Ali, ahli dewan rakyat kawasan Pasir Mas, dimasukan hospital ampang puteri, kemungkinan akan dilakukan pembedahan jantung malam ini, marilah kita lupakan kemarahan malah kebencian kita kepada beliau sebaliknya mendoakan semoga pembedahan jantungnya akan berjaya dan beliau akan sihat dan kembali berjuang.

Zaharin Mohd Yasin

Ugutan Bunuh Untuk Datuk Ibrahim Ali?

Orang melayu kalau dekat bangsa sendiri bukan main berani, macam² kata kesat kat Datuk Ibrahim Ali dilemparkan. MELAYU PATUT SEDAR Yang sekarang ini kita perlukan seorang yang berani menyebut perkataan MELAYU kepada bangsa lain. Adakah kata² dari Paijan Shamelin ini merupakan satu ugutan bunuh?

* Dia cakap berani kerana benar, takut kerana salah, tapi kenapa dia delete komen tu? KLIK SINI.

Kes Sosilawati : Dua Orang Dipenjara 7 tahun Selepas Mengaku Bersalah.

Dua orang pekerja ladang yang terlibat dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain telah dikenakan hukuman penjara 7 tahun atas tuduhan melupuskan bahan bukti.

Tertuduh K Sarawanan, 19, dan U Suresh, 26, yang masing-masing menghadapi empat pertuduhan mengaku bersalah melupuskan bahan bukti dan didakwa mengikut Seksyen 201 Kanun Keseksaan.

N. Pathmanabhan didakwa di mahkamah sama dengan niat bersama-sama dengan tiga lelaki lain termasuk seorang remaja belasan tahun membunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain.

Mengikut pertuduhan, Pathmanabhan dan tiga lagi tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu antara jam 8.30 hingga 9.45 malam, 30 Ogos lalu di Lot No. 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat.

U Suresh, 26, (tengah) dan K Saravanan, 19, (kanan)

UMNO Perlis Masih Leka.

"SAYA rasa tidak mustahil untuk PAS memenanginya. Manakala rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat pula dilihat berpeluang memenangi beberapa kerusi lagi," kata Pesuruhjaya PAS negeri, Hashim Jasin. Beliau bercakap semasa PAS Perlis melancarkan gerak kerja, sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-13 dengan mensasarkan sekurang-kurangnya lapan kerusi DUN bagi merampas negeri itu dari BN. Bagaimanapun, beliau yang juga ahli jawatankuasa Dewan Ulama PAS 'merahsiakan' kawasan yang disasar parti itu.

PAS sudah bersiap sedia mengatur strategi untuk merampas Perlis pada pilihanraya akan datang. Adakah kepimpinan BN Perlis masih lagi leka dan dibuai mimpi? Selepas dua tahun kepimpinan UMNO Perlis bertukar teraju, apakah yang dilakukan oleh BN Perlis untuk menawan hati rakyat? Adakah BN Perlis masih selesa dengan kemenangan besar pada pilihanraya umum lepas yang ketika itu diketuai oleh Dato Seri Shahidan Kassim. Mahukah dilihat PRU 13 BN menjadi parti pembangkang di Perlis? Kembalilah memperkuatkan Barisan Nasional Perlis seperti zaman kepimpinan Dato Seri Shahidan Kassim bagi menghadapi pilihanraya yang akan datang.

Ibrahim Ali Dilucutkan Gelaran Datuk Oleh Istana Kelantan


Istana Kelantan hari ini melucutkan gelaran 'Datuk' yang dianugerah kepada presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali.

Selain Ibrahim yang juga ahli parlimen Pasir Mas, gelaran Datuk bekas setiausaha kerajaan negeri, Datuk Wan Hashim Wan Daud juga ditarik balik. Sementara itu, dalam reaksi spontannya, Ibrahim ketika dihubungi oleh Malaysiakini mengesahkan beliau dimaklumkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan pagi ini bahawa DMSK yang membawa gelaran 'Datuk' yang dianugerahkan kepadanya telah dilucutkan.

Pingat itu dikurniakan oleh Sultan Kelantan ketika itu, Sultan Ismail Petra.

“Saya tidak tahu sebab-sebabnya tetapi pada 7 Oktober lalu, saya ada menziarahi Sultan Ismail di Istana Mahkota. Sejak Sultan Ismail gering dan pulang ke Kelantan, inilah pertama kali saya melawat kerana hubungan peribadi saya amat rapat dengan Sultan Ismail.

Apapun, ia tidak menjadi hal pada saya dan saya terima dengan hati terbuka,” katanya dalam pesanan ringkas SMS kepada Malaysiakini. Menurut presiden PERKASA itu lagi, taat setianya kepada Sultan Kelantan sekarang, Tuanku Muhammad V tidak berbelah-bagi.

“Saya tetap dengan pendirian mempertahankan institusi raja kerana ia asas perlembagaan negara dan sebahagian daripada budaya Melayu menjunjung kedaulatan raja. Ampun Tuanku,” katanya. Ibrahim juga menjelaskan beliau masih bergelar 'datuk' kerana mempunyai dua lagi darjah - iaitu DPMS dan DMSM yang diterimanya daripada Selangor dan Melaka

MK

Pemimpin Perlis Masih Dibuai Mimpi

Tun Dr Mahatir pernah bergurau mengatakan Perlis terlalu kecil. Rasanya sebab itulah tak boleh nak dibuat lapangan terbang di negeri ini, bimbang Boeing 747 terlajak ke Siam sewaktu mendarat! Bagi UMNO Perlis, mungkin nampak lebih mudah untuk kemenangan BN sebab Negeri Perlis terlalu kecil. Di Perlis, PAS hanya mempuny...ai dua kerusi DUN iaitu Simpang Empat dan Sanglang. Mungkin mereka percaya kapal besar itu tak akan karam. Mereka tidak mahu belajar dengan apa yang berlaku di negeri sebelah utara yang diambil alih oleh pembangkang pada PRU 12 yang lalu. Hanya Perlis sahaja diantara negeri negeri sebelah utara yang masih kebal dengan kekuatan BN. Hakikat yang perlu disedari ialah bukan semua orang di Perlis menyenangi dan berpuas hati dengan pentadbiran kerajaan yang ada. Perlis memang negeri yang kecil, tetapi rakyatnya berjiwa besar.