selamat datang 01 Pictures, Images and Photos

Ganjaran Hadiah Dan Wang Tunai Untuk Anda.

Dapatkan hadiah-hadiah menarik & wang tunai di sini. Daftar Segera. Berbaloi! [Klik Di Sini]

Berminat nak dapatkan Galaxy W
? [KLIK DI SINI]

Anda ingin peluang memenangi MPV? [KLIK DI SINI]


Followers

Benarkah sokongan terhadap UMNO Perlis semakin berkurangan?

Virus Malware Tetamu Tak Diundang Menyerang Blogger

Beberapa portal berita di Malaysia termasuk The Malaysian Insider dan Malaysia Kini dipenuhi amaran malware - perisian yang boleh merosakkan komputer daripada pengendali web pencarian gergasi, Google.
Malware itu dikatakan berasal dari 'Innity' sebuah syarikat jaringan pengiklanan online. Google kini menghalang pengguna dari memasuki lebih 600 laman web setelah Innity mula menyiarkan iklan yang menghubungkan kepada laman web yang dicemari malware berbahaya.

Hari ini saja, beberapa laman seperti The Star, The Malaysian Insider, Malaysia Kini, Berita Harian dan My Sinchew turut terjejas. Malah banyak blog pro kerajaan seperti Pisau.net, Minda Intelek Melayu dan juga blog Bumiyang.blogspot tak dapat dibuka. Begitu juga blog pemimpin terkenal seperti CheDet.cc.
Mengikut laporan 'Google Safe Browsing', Innity telah menjadi hos untuk perisian berbahaya yang disebarkan ke laman web yang menyiarkan iklannya.

Pemilik laman web yang terlibat dinasihatkan membuang semua kod dan iklan dari Innity sehingga ia menyelesaikan masalah ini. Untuk langkah keselamatan, buang semua link iklan atau blog dan portal yang mempunyai jangkitan Malware ini untuk sementara waktu.

Innity dalam laman webnya mendakwa jaringan pengiklanannya melayan lebih 2.1 billion iklan dan mempunyai lebih 29 juta pengguna sebulan termasuk 250 laman web terkenal di Malaysia, Singapura, dan negara Asia Tenggara yang lain. Google telah mengesan ancaman itu pada 19 September dan ia meliputi pelayar internet terkenal termasuk milikan Google sendiri iaitu Chrome, Mozilla Firefox, Internet Explorer dan Safari yang digunakan pengguna Apple. Malware merupakan perisian yang direka bentuk untuk memasuki ke dalam sistem komputer dan menyebabkan resiko kerosakan komputer tanpa disedari oleh pengguna.
Nama Malware wujud daripada gabungan ‘malicious’ yang membawa maksud niat jahat dan ‘software’ pula bermaksud perisian. Perisian ini dicipta oleh individu yang mempunyai kepakaran berkenaan kod program pelbagai perisian. Tujuan golongan ini ialah untuk mengganggu, mengancam dan menimbulkan masalah kepada pengguna komputer.

Pada masa ini Malware diwujudkan untuk tujuan mengaut keuntungan. Bukan saja untuk mengganggu sistem komputer tetapi ia juga digunakan untuk mencuri data, identiti, wang serta maklumat pengguna, semata-mata bagi mengaut keuntungan yang berlipat ganda oleh penjenayah siber.

Serangan malware termasuklah terhadap kebanyakan blog yang ada diantaranya terus tidak dapat diakses kecuali mereka yang mengambil risiko mengabaikan arahan daripada melayari blog-blog berkenaan. Beberapa template tertentu dikesani mudah untuk berkompromi dengan malware ini.Bagi yang telah terkena jangkitan malware ini pastikan anda membersihkan "cookies" daripada browser-browser anda.

Pastikan portal dan blog anda TIDAK memasang iklan daripada Innity dan manggaonline. Bagi iklan pop-up dari widgeo.net yang mengganggu pelayaran blog, buang widget yang memaparkan data pengunjung. Sekalipun cantik dan maklumatnya bermakna, tetapi iklan popup yang diterbitkan terlalu menganggu sehinggakan pengunjung boleh menjadi bosan kerananya. Semua malware akan menyebabkan sistem komputer bertambah lambat seperti penyambungan Internet dan juga masa untuk sistem ‘boot’ menjalankan operasinya.


Sumber blog Media Permatang Pauh

*Nah blog ni pun dah kena???

Rakan Sosilawati ditemui mati

BUKIT MERTAJAM 18 Sept. - Pengasas produk kecantikan Aveer, Sarina Jaafar yang juga kenalan rapat jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya ditemui mati di rumahnya di Taman Pauh Jaya di sini hari ini.
Pemilik syarikat SBJ Aveer Services Sdn. Bhd. berusia 45 tahun itu ditemui tergantung di biliknya kira-kira pukul 8.30 pagi oleh anak bongsunya yang berusia 16 tahun.

Polis setakat ini mengklasifikasikan kes tersebut sebagai mati mengejut.

Anak sulung Sarina, Mohd. Azrul Affendi Zakaria, 24, yang dihubungi memberitahu, berita kematian ibunya mengejutkan seluruh ahli keluarga kerana arwah tidak menunjukkan perubahan sikap kebelakangan ini. Mohd. Azrul berkata, kejadian berlaku ketika dia berada di Kuala Lumpur dan kali terakhir dia menemui Sarina ialah pada petang semalam dan sempat menasihati ibunya supaya berhati-hati dalam perniagaan ekoran banyak berlaku kes pembunuhan kebelakangan ini.

"Ibu beberapa kali turut menyuarakan rasa terkilan dan sedih berhubung kejadian yang menimpa Datuk Sosilawati kerana ibu rapat dengannya," kata Mohd. Azrul. Menurutnya, kejadian tersebut sangat menyedihkan keluarganya tambahan lagi ia berlaku ketika mereka sedang memulakan persiapan bagi majlis perkahwinannya yang dijadualkan Januari nanti. "Saya telefon ibu pagi tadi tetapi tidak diangkat sehinggalah diberitahu mengenai kejadian ini," katanya. Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Supritendan Mohan Singh Tara Sigh yang dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kes tersebut setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Katanya, mayat Sarina ditemui mati di rumahnya kira-kira pukul 8.30 pagi dan dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) di sini untuk bedah siasat. "Polis mengklasifikasikan kes ini sebagai mati mengejut dan kita harap semua pihak tidak membuat spekulasi walaupun mangsa dikatakan kenalan rapat Datuk Sosilawati," katanya.

Sumber Utusan Malaysia 

M. Rajoli meninggal dunia

Al Fatihah buat M Rajoli atau nama sebenar beliau Haji Mohd Rajoli Bin Mohamed Zain yang telah kembali ke rahmatullah akibat barah otak pada jam 10.45 malam tadi.

M Rajoli merupakan seorang pelakon veteran dari era lewat 70-an dan cukup dikenali dengan lakonannya yang begitu verstail dan bersahaja.

Sewaktu dimasukkan ke hospital tersebut, pelakon itu sudah didapati semakin tenat dan diberi alat bantuan pernafasan kerana masalah yang dihadapinya itu.
Allahyarham telah mengidap penyakit barah otak sejak 4 tahun lalu dan pernah menjalani beberapa pembedahan sebelum ini dan sering kali keluar masuk hospital. Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat, Kuala Lumpur sebelum solat zuhur, hari ini (Sabtu).

Al Fatihah kepada Allahyarham M Rajoli.

Murugiah buat laporan polis kaitkannya dengan suspek utama kes Sosilawati

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk T. Murugiah hari ini membuat laporan polis berhubung satu khidmat pesanan ringkas (SMS) yang beliau terima mengaitkannya dengan suspek utama pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya.

Beliau berkata laporan itu dibuat di Balai Polis Pekan Baru, Ipoh berikutan SMS yang dihantar melalui telefon bimbit yang berbaur fitnah.

"SMS ini adalah fitnah terhadap saya yang sengaja mengaitkan saya 
dengan suspek utama pembunuhan kejam Sosilawati di mana SMS berkenaan tidak  benar sama sekali," katanya dalam kenyataan media di sini hari ini. Beliau berkata antara kandungan SMS itu berbunyi :"peguam yang kena tuduh dalam kes Sosilawati bercadang sertai MIC kata Murugiah yang juga kawan  baik beliau. Peguam ini juga adalah salah seorang penasihat Timbalan Menteri berkenaan dalam kes ROS (Pendaftar Pertubuhan). Murugiah adalah rakan kongsi peguam dalam perniagaan di mana Murugiah dapat RM3 juta dalam urusan itu".

Murugiah berkata suspek tersebut bukan peguam yang mengendalikan kes ROS
seperti yang dinyatakan dan SMS itu sengaja dihantar bagi menjejaskan imej dan kedudukannya dalam politik dan sebagai Timbalan Menteri.

"Saya yakin SMS berkenaan kemungkinan dihantar oleh orang yang mempunyai
kepentingan politik dan mendapat manfaat sekiranya karier politik saya dibunuh.

"Perkara ini amat serius bukan sahaja ia SMS fitnah terhadap saya tetapi
juga penyebarannya boleh menjejaskan penyiasatan kes Sosilawati yang merupakan kes berprofil tinggi," katanya.

Sebelum ini Murugiah ketika menziarahi keluarga Sosilawati mendedahkan
pernah bertemu dengan suspek utama pembunuhan tersebut, iaitu peguam bergelar Datuk itu dalam satu majlis penyampaian sumbangan hari raya di Banting, Selangor pada 8 September lalu.

Pada majlis itu suspek turut menyatakan hasratnya kepada Murugiah untuk
menyertai MIC.

Sementara itu Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Ibrahim Abu Bakar
ketika dihubungi mengesahkan bahawa pihaknya ada menerima laporan berkenaan daripada Murugiah.

Beliau berkata setiausaha Timbalan Menteri berkenaan membuat laporan di
Balai Polis Pekan Baru 10 pagi tadi.

"SMS berkenaan diterima ketika Timbalan Menteri itu menghadiri satu program
di Teluk Intan (Perak) semalam," katanya.

Selain itu, menurutnya satu laporan polis berkaitan perkara itu turut dibuat
oleh setiausaha beliau di Ibu Pejabat Polis Daerah Teluk Intan semalam.

Sumber BERNAMA

PERLUKAH PERKASA DISOKONG?

PERKASA adalah salah satu pertubuhan atau NGO yang mendapat sokongan padu dari Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan ramai lagi pemimpin pemimpin dan pejuang pejuang melayu, pun begitu terdapat juga pemimpin pemimpin dan pejuang pejuang melayu menolaknya atas beberapa alasan yang boleh diterima pakai.

Apa pendapat anda pula terhadap keujudan PERKASA, mestikah PERKASA disokong oleh semua bangsa melayu atau sebaliknya, komen anda bererti nada melayu anda!!!

* Bincang mengenai PERKASA di sini.
            SILA KLIK DI SINI

SELAMAT HARI MALAYSIA 16 September

Selamat Hari Malaysia kepada semua warga Malaysia. Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia pada tahun 1963. Hari Malaysia ialah menandakan penyertaan bersama Malaya (Semenanjung Malaysia), Borneo Utara (Sabah) , Sarawak, dan Singapura bagi membentuk Malaysia pada tahun16 September 1963. Sempena detik bersejarah ini juga, marilah kita bersama-sama menghayati pengorbanan negarawan yang pernah memperjuangkan kemerdekaan tanah air kita. Semoga negara tercinta akan terus aman makmur dan berkembang maju.

*Selamat hari Ulang Tahun juga buat Anwar Ibrahim sempena 2 tahun Anwar Ibrahim mengangkat sumpah di hadapan potret yang dipertuan agong menjadi perdana menteri Malaysia yang ke 6. :)

Pembunuhan kejam Sosilawati: Pemuda kerat mangsa diburu

BANTING: Polis kini sedang memburu seorang pemuda berusia 19 tahun yang dikatakan bertanggungjawab mengerat mayat Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain sebelum mereka dibakar.

Mangsa dikatakan dibunuh selepas berselisih faham berhubung pinjaman sejumlah wang dengan suspek utama, seorang peguam bergelar Datuk.

Dalam perkembangan berkaitan, polis berjaya menahan seorang lagi suspek, dipercayai bekas pengawal peribadi kepada Datuk berkenaan.
ANGGOTA polis dari unit forensik mendulang serpihan tulang dan bahan bukti yang dibuang ke dalam Sungai Panchau oleh suspek pembunuhan Sosilawati dan tiga individu lain dekat Tanjung Sepat, semalam.

Lelaki itu ditahan tidak jauh dari lokasi semua mangsa dibunuh dan dibakar di Ladang Gadong, Tanjung Sepat dekat sini, kira-kira jam 11 pagi, kelmarin.

Penahanan lelaki itu menjadikan setakat ini sembilan orang ditahan untuk membantu siasatan kes bunuh Sosilawati dan tiga individu lain, sejak Khamis minggu lalu.
Berikutan penahanan terbaru itu, polis kini memburu beberapa lagi suspek termasuk seorang lelaki berusia 45 tahun yang juga pekerja kepada Datuk berkenaan.

Setakat ini, selain suspek utama yang juga seorang ahli perniagaan berusia 41 tahun, polis turut menahan adiknya, juga seorang peguam berusia 38 tahun dan enam individu lain, termasuk dua wanita.

Sementara itu, kira-kira jam 5.30 petang semalam, Unit Forensik Polis yang meneruskan operasi mencari bahan bukti di Sungai Panchau di sini, menemui beberapa lagi sisa tulang.

Mereka terpaksa menggunakan teknik mendulang berikutan dasar sungai itu yang dikatakan berlumpur.

Sumber Berita Harian

Datuk Sosilawati dan tiga pembantunya dipukul dan dibakar dengan tahi lembu.

Inikah lokasi  Sosilawati dan tiga rakannya dibunuh dan dibakar?
Lagi maklumat sahih yang di terima, semua mangsa dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, dan tiga pembantunya lain pada mulanya dipukul dengan kayu kriket dan senjata tumpul lain dengan tujuan melemahkan mereka sebelum tangan diikat menggunakan dawai.

Mangsa yang dalam keadaan lemah itu dikatakan dibunuh seorang demi seorang oleh seorang daripada lapan lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan polis berhubung kes kehilangan empat mangsa itu.

Mereka juga telah dilumur dengan tahi lembu ditubuh mereka sebelum semua mangsa dibakar bagi menghilangkan bukti kes pembunuhan kejam terbabit. Tahi lembu boleh digunakan untuk membakar sesuatu dengan pantas, dalam 30 minit saja benda yang dibakar menggunakan tahi lembu boleh terus jadi abu sebelum dibuang ke dalam sungai.

*Walau sehebat mana pun tahi lembu yang tidak boleh meninggalkan kesan, rasanya PDRM lebih hebat daripada itu,