selamat datang 01 Pictures, Images and Photos

Ganjaran Hadiah Dan Wang Tunai Untuk Anda.

Dapatkan hadiah-hadiah menarik & wang tunai di sini. Daftar Segera. Berbaloi! [Klik Di Sini]

Berminat nak dapatkan Galaxy W
? [KLIK DI SINI]

Anda ingin peluang memenangi MPV? [KLIK DI SINI]


Followers

Benarkah sokongan terhadap UMNO Perlis semakin berkurangan?

M. Rajoli meninggal dunia

Al Fatihah buat M Rajoli atau nama sebenar beliau Haji Mohd Rajoli Bin Mohamed Zain yang telah kembali ke rahmatullah akibat barah otak pada jam 10.45 malam tadi.

M Rajoli merupakan seorang pelakon veteran dari era lewat 70-an dan cukup dikenali dengan lakonannya yang begitu verstail dan bersahaja.

Sewaktu dimasukkan ke hospital tersebut, pelakon itu sudah didapati semakin tenat dan diberi alat bantuan pernafasan kerana masalah yang dihadapinya itu.
Allahyarham telah mengidap penyakit barah otak sejak 4 tahun lalu dan pernah menjalani beberapa pembedahan sebelum ini dan sering kali keluar masuk hospital. Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat, Kuala Lumpur sebelum solat zuhur, hari ini (Sabtu).

Al Fatihah kepada Allahyarham M Rajoli.

Murugiah buat laporan polis kaitkannya dengan suspek utama kes Sosilawati

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk T. Murugiah hari ini membuat laporan polis berhubung satu khidmat pesanan ringkas (SMS) yang beliau terima mengaitkannya dengan suspek utama pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya.

Beliau berkata laporan itu dibuat di Balai Polis Pekan Baru, Ipoh berikutan SMS yang dihantar melalui telefon bimbit yang berbaur fitnah.

"SMS ini adalah fitnah terhadap saya yang sengaja mengaitkan saya 
dengan suspek utama pembunuhan kejam Sosilawati di mana SMS berkenaan tidak  benar sama sekali," katanya dalam kenyataan media di sini hari ini. Beliau berkata antara kandungan SMS itu berbunyi :"peguam yang kena tuduh dalam kes Sosilawati bercadang sertai MIC kata Murugiah yang juga kawan  baik beliau. Peguam ini juga adalah salah seorang penasihat Timbalan Menteri berkenaan dalam kes ROS (Pendaftar Pertubuhan). Murugiah adalah rakan kongsi peguam dalam perniagaan di mana Murugiah dapat RM3 juta dalam urusan itu".

Murugiah berkata suspek tersebut bukan peguam yang mengendalikan kes ROS
seperti yang dinyatakan dan SMS itu sengaja dihantar bagi menjejaskan imej dan kedudukannya dalam politik dan sebagai Timbalan Menteri.

"Saya yakin SMS berkenaan kemungkinan dihantar oleh orang yang mempunyai
kepentingan politik dan mendapat manfaat sekiranya karier politik saya dibunuh.

"Perkara ini amat serius bukan sahaja ia SMS fitnah terhadap saya tetapi
juga penyebarannya boleh menjejaskan penyiasatan kes Sosilawati yang merupakan kes berprofil tinggi," katanya.

Sebelum ini Murugiah ketika menziarahi keluarga Sosilawati mendedahkan
pernah bertemu dengan suspek utama pembunuhan tersebut, iaitu peguam bergelar Datuk itu dalam satu majlis penyampaian sumbangan hari raya di Banting, Selangor pada 8 September lalu.

Pada majlis itu suspek turut menyatakan hasratnya kepada Murugiah untuk
menyertai MIC.

Sementara itu Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Ibrahim Abu Bakar
ketika dihubungi mengesahkan bahawa pihaknya ada menerima laporan berkenaan daripada Murugiah.

Beliau berkata setiausaha Timbalan Menteri berkenaan membuat laporan di
Balai Polis Pekan Baru 10 pagi tadi.

"SMS berkenaan diterima ketika Timbalan Menteri itu menghadiri satu program
di Teluk Intan (Perak) semalam," katanya.

Selain itu, menurutnya satu laporan polis berkaitan perkara itu turut dibuat
oleh setiausaha beliau di Ibu Pejabat Polis Daerah Teluk Intan semalam.

Sumber BERNAMA

PERLUKAH PERKASA DISOKONG?

PERKASA adalah salah satu pertubuhan atau NGO yang mendapat sokongan padu dari Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan ramai lagi pemimpin pemimpin dan pejuang pejuang melayu, pun begitu terdapat juga pemimpin pemimpin dan pejuang pejuang melayu menolaknya atas beberapa alasan yang boleh diterima pakai.

Apa pendapat anda pula terhadap keujudan PERKASA, mestikah PERKASA disokong oleh semua bangsa melayu atau sebaliknya, komen anda bererti nada melayu anda!!!

* Bincang mengenai PERKASA di sini.
            SILA KLIK DI SINI

SELAMAT HARI MALAYSIA 16 September

Selamat Hari Malaysia kepada semua warga Malaysia. Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia pada tahun 1963. Hari Malaysia ialah menandakan penyertaan bersama Malaya (Semenanjung Malaysia), Borneo Utara (Sabah) , Sarawak, dan Singapura bagi membentuk Malaysia pada tahun16 September 1963. Sempena detik bersejarah ini juga, marilah kita bersama-sama menghayati pengorbanan negarawan yang pernah memperjuangkan kemerdekaan tanah air kita. Semoga negara tercinta akan terus aman makmur dan berkembang maju.

*Selamat hari Ulang Tahun juga buat Anwar Ibrahim sempena 2 tahun Anwar Ibrahim mengangkat sumpah di hadapan potret yang dipertuan agong menjadi perdana menteri Malaysia yang ke 6. :)

Pembunuhan kejam Sosilawati: Pemuda kerat mangsa diburu

BANTING: Polis kini sedang memburu seorang pemuda berusia 19 tahun yang dikatakan bertanggungjawab mengerat mayat Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain sebelum mereka dibakar.

Mangsa dikatakan dibunuh selepas berselisih faham berhubung pinjaman sejumlah wang dengan suspek utama, seorang peguam bergelar Datuk.

Dalam perkembangan berkaitan, polis berjaya menahan seorang lagi suspek, dipercayai bekas pengawal peribadi kepada Datuk berkenaan.
ANGGOTA polis dari unit forensik mendulang serpihan tulang dan bahan bukti yang dibuang ke dalam Sungai Panchau oleh suspek pembunuhan Sosilawati dan tiga individu lain dekat Tanjung Sepat, semalam.

Lelaki itu ditahan tidak jauh dari lokasi semua mangsa dibunuh dan dibakar di Ladang Gadong, Tanjung Sepat dekat sini, kira-kira jam 11 pagi, kelmarin.

Penahanan lelaki itu menjadikan setakat ini sembilan orang ditahan untuk membantu siasatan kes bunuh Sosilawati dan tiga individu lain, sejak Khamis minggu lalu.
Berikutan penahanan terbaru itu, polis kini memburu beberapa lagi suspek termasuk seorang lelaki berusia 45 tahun yang juga pekerja kepada Datuk berkenaan.

Setakat ini, selain suspek utama yang juga seorang ahli perniagaan berusia 41 tahun, polis turut menahan adiknya, juga seorang peguam berusia 38 tahun dan enam individu lain, termasuk dua wanita.

Sementara itu, kira-kira jam 5.30 petang semalam, Unit Forensik Polis yang meneruskan operasi mencari bahan bukti di Sungai Panchau di sini, menemui beberapa lagi sisa tulang.

Mereka terpaksa menggunakan teknik mendulang berikutan dasar sungai itu yang dikatakan berlumpur.

Sumber Berita Harian

Datuk Sosilawati dan tiga pembantunya dipukul dan dibakar dengan tahi lembu.

Inikah lokasi  Sosilawati dan tiga rakannya dibunuh dan dibakar?
Lagi maklumat sahih yang di terima, semua mangsa dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, dan tiga pembantunya lain pada mulanya dipukul dengan kayu kriket dan senjata tumpul lain dengan tujuan melemahkan mereka sebelum tangan diikat menggunakan dawai.

Mangsa yang dalam keadaan lemah itu dikatakan dibunuh seorang demi seorang oleh seorang daripada lapan lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan polis berhubung kes kehilangan empat mangsa itu.

Mereka juga telah dilumur dengan tahi lembu ditubuh mereka sebelum semua mangsa dibakar bagi menghilangkan bukti kes pembunuhan kejam terbabit. Tahi lembu boleh digunakan untuk membakar sesuatu dengan pantas, dalam 30 minit saja benda yang dibakar menggunakan tahi lembu boleh terus jadi abu sebelum dibuang ke dalam sungai.

*Walau sehebat mana pun tahi lembu yang tidak boleh meninggalkan kesan, rasanya PDRM lebih hebat daripada itu, 

Datuk Sosilawati dan 3 individu lain disembelih?

Pendedahan terbaru berhubung kes pembunuhan kejam Datuk Sosilawati Lawiya, dan 3 yang lain lebih menyentap perasaan apabila hasil siasatan tidak menolak kemungkinan kesemua mangsa disembelih menggunakan senjata tajam.
Anggota pasukan penyelam polis mencari bukti kes pembunuhan Datuk Sosilawati

Menurut sumber yang rapat dan boleh dipercayai, berdasarkan siasatan dilakukan, mangsa disembelih sebelum dibakar oleh suspek suspek terbabit hingga menjadi debu.

Hasil maklumat dikumpul setakat ini, polis mendapati pembunuhan itu adalah tindakan jenayah sadis yang dirancang dengan begitu rapi. Polis turut percaya, abu dan sisa tulang semua mangsa yang dibakar terbabit bukan hanya dibuang di dalam Sungai Panchau, malah turut dibuang ke dalam beberapa parit kecil berhampiran yang arusnya mengalir ke laut,” katanya.

 Sedih bila fikirkan bagaimana keadaan mereka pada masa itu. Hanya mangsa sahaja yang tahu azab yang mereka lalui ketika itu. Lebih mennyedihkan apabila semua mangsa seolah-olah dilayan seperti binatang tanpa perikemanusiaan.

Polis geledah firma guaman milik peguam bergelar Datuk

Suspek dibawa ke lokasi senjata dibuang
BANTING: Polis hari ini menggeledah pejabat firma guaman milik peguam bergelar Datuk di sini bagi mencari bukti penglibatannya dengan kes penipuan hingga membawa kepada pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain.

Sepasukan polis dilihat tiba di pekarangan firma guaman, yang terletak di Jalan Kemboja 33, Off Jalan Sultan Alam Shah di sini kira-kira jam 10.45 pagi, namun beredar lima minit kemudian apabila gagal membuka pintu pejabat berikutan kunci yang tidak sesuai.

Polis kemudiannya dilihat kembali ke firma itu kira-kira 30 minit kemudian bersama seorang lelaki, yang berpakaian lokap warna ungu, dipercayai peguam bergelar Datuk itu. 
Peguam berumur 41 tahun itu adalah seorang daripada lapan suspek yang ditahan bagi membantu siasatan pembunuhan kejam Sosilawati, 47, bersama pemandunya, Kamarudin Shansuddin, 44, pegawai CIMB Bank Cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38,dan peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.

Selepas lebih satu jam berada di firma milik suspek, polis dilihat membawa keluar peralatan seperti CPU dan beberapa dokumen sebelum membawa keluar suspek dari pejabat itu kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

Laporan sebelum ini menyebut, firma guaman berkenaan adalah lokasi terakhir semua mangsa dilihat sebelum dibunuh dan dibakar di ladang milik suspek, dan abunya dibuang ke sungai berhampiran.

Firma itu difahamkan menjadi lokasi urus niaga suspek dan mangsa. - Bernama

* Macam mana boleh SALAH bawa kunci pula?