Pesuruhjaya PAS Perlis YB Ustaz Hashim Jasin seharusnya
tidak perlu lagi bertanding pada pilihanraya umum akan datang dan beliau
sepatutnya memberi peluang kepada orang yang lebih muda untuk mengemudi parti
tersebut di Perlis.
Bukan sahaja dalam UMNO, PAS juga harus memberi peluang kepada
golongan muda untuk melakukan
transformasi politik menerusi idea dan pendekatan baru.
Beliau yang kini sudah berusia 72 tahun, sepatutnya
mengambil keputusan untuk bersara dalam dunia politik dan menumpukan perhatian
kepada keluarganya. Berilah peluang
kepada orang yang lebih muda terutama YB Rus'sele
Eizan, Saudara Anuar Tahir dan
Saudara Jamil Kamis yang dilihat sesuai dan mantap bagi memacu negeri kecil yang sukar
dikuasai oleh PAS.
Tahniah Pak Hashim, kerana kita hidup dalam keamanan dan kesejahteraan, kemudian kita Maki Hamun usaha yang membawa keamanan dan kesejahteraan yang kita syukuri.
ReplyDelete